Selamat Hari Raya dari bro sekeluarga.
Bagaimana dengan hari raya anda? Adakah ianya meriah, biasa-biasa atau membosankan.
Terutama bagi mereka yang masih bujang dan belum berkeluarga walaupun kenalan sebaya dah ada yang berkahwin dan berkeluarga sendiri.
Terbaca status twitter kenalan bro di twitter :-
“Seronoknya tengok kawan-kawan beraya dengan suami masing-masing.”
Nampak kecewaan dan kesedihan yang beliau rasai sewaktu menulis tweet tersebut. Lalu bro troll budak ini dengan tweet bro sendiri :-
“Memang la mereka seronok beraya dengan suami masing-masing. Gila apa nak beraya dengan suami orang lain
Lain la kalau korang rela bersuamikan suami orang lain”
Jom layan video ucapan hari raya dari bro framestone & pasangan.
Bicara Bro : Bro pelik, kenapa ada orang jeles bro beraya dengan orang yang bro sayang. Bro akui bro tiada ikatan sah sebagai suami isteri dengan dia.
Tapi family bro dah anggap dia keluarga bro selama ini. Dia lagi rapat dengan keluarga bro berbanding bro sendiri.
Jangan samakan keluarga bro dengan keluarga korang. Ada hikmah dia hadir dalam keluarga bro. Sekurang-kurangnya dia eratkan hubungan bro dengan keluarga sendiri.
Dia nak beraya dengan keluarganya agak susah. Keluarga jauh, dan dia pun ada tanggungjawab lain juga. Tak semua orang bercuti sewaktu hari raya.
Sekurang-kurangnya terubat rindunya pada keluarga tika bersama keluarga bro. Keluarga yang akan menerimanya sebagai ahli keluarga.
cepat2 masuk minang bro! samat hari raya!
Minang sape ek?
sila kawen cpt bro…
*utk elak org berkata2 n bnde baik x elok lmbt2….
Tak boleh nk cepatkan.. Tarikh dah confirm bulan 11 nie
weewittt.. xjeles pun bro beraya ngn yg tsayang. sbb ara beraya ngn keluarga tersayang.. hikhik
Amboi….
Ok Ara menang huhuu
Sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai naluri dan nafsu. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Lebih sedih apabila ada pasangan yang mempunyai anak bersunggut mengenai anak mereka.
ada jugak yang jeles bro beraya dengan tunang ke??
Ada kot, selamat bro tak kacak, kalau tidak sure ramai yang lagi jeles
tiba2 teringat masa bercinta dulu…seronok tau masa raya.. kenal sedara mara dia…so sweet memories…
Tapi malangnya, dia raya dengan saya susah sikit nak kenal sedara mara. Kalau nak kenal, kena tunggu raya ke -4 dan seterusnya…
moga dipermudahkan. :)
harapnya macam tue la kan… Eh kamu dah tak lama dah kan
yup dah tak lama dah. lg 21 hari.
apa pon yg terjadi. family first ok…
memang family 1st :)
selamat hari raya buat lu dan bakal isteri