April 19, 2024

Aku Bukan Insan Yang Menzalimi Binatang

Kalau ikutkan,

Bro bukan gemar sangat dengan kucing.

Bukan tak suka, cuma kurang gemar. Yup, kurang gemar. Lagi-lagi kucing yang berbulu (comel apa kucing berbulu, kalau bulunya nampak gebu)

Bro ada alahan dengan bulu kucing.

Malangnya budak rumah bro nie ada bela kucing yang bro sendiri tidak tahu kucing jenis apa. Comel dan cute walaupun dah 2 tahun duduk dirumah ini.

Comel tak? Dia paling suka tidur sambil mencium kasut milik tuannya. Rindu sangat kot? Ke kekurangan kasih sayang dari tuannya.

Sebulan sekali je dia mandikan.

Tengoklah, kalau bulunya panjangnya, si tuannya rajin bawa pergi kedai dan potong bulunya.

Selain bulu,

Kucing ini rajin menyakar, habis sofa, dinding dan apa-apa benda yang dia rasa nak cakar, dia akan cakar.

Termasuklah bro yang sedang asyik tidur. Kacau stim la kucing nie. Berparut pula tue.

Tapi malam ini, dia pelik sikit. Dok nak manja-manja dengan bro siap buat muka 20 sen dengan bro. Nampak pelik juga malam nie.

Sambil mengeow, dia follow je bro ke hulu ke hilir.

So bro usha tempat dia makan. Kosong….

Bro usha tin tempat simpan makanannya. Bro goncang. Tiada bunyi. Maknanya kosong. Dah macam lagu Najwa Latif la pula.

Lalu bro sms tuan empunya kucing

Bro : Wei, kucing kau nie dah kebulur nie. Makanan dia dekat mana?
Dia : Ada dekat *******, kau bagi segengam je. Makanan tue mahal.

Bro : ok beb
Dia : Kau nie, ada pula perasaan dekat binatang. Aku ingatkan jalil.

Bro : Aku bukan ada perasaan dekat binatang je, dekat perempuan pun ada. Tak macam kau.

Bicara Bro : Berbuat baik la dengan binatang, Nescaya mereka akan mendoakan untuk anda nanti.

Dan jangan pula anda berbuat jahat sesama insan. Nescaya di padang mahsyar nanti akan tercari-cari mereka untuk meminta kemaafan dari mereka yang anda zalimi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Aku Bukan Insan Yang Menzalimi Binatang

  1. Segenggam untuk berapa lama tuh? Choiii kidikut ini tuan.

    Aku punya kucing KOPI setiap setgh jam aku kasi makan.
    Vitamin sebiji setiap hari. Grooming sebulan sekali oklah tuh. Janji dia bersih. Cuma pasir poops dia harus ganti seminggu sekali dan buang najisnya..

    1. segengam untuk sekali makan.

      Seminggu berkilo-kilo tuannya beli.

      Tang pasir tue, rasanya seminggu 2-3x tukar. Itupun kalau tuannya ada la. Kenkadang dia selalu outstation

  2. dia follow bro nak mintak makanan rupanya.. hehe.. buat baik dengan binatang memang dapat pahala.. bukan setakat kucing je, anjing yang dikatakan haram tu pon kalau kita buat baik kat dia dapat pahala jugak..

    kucing binatang yang Rasulullah suka.. kan dapat pahala tu kalau kita ikut sunnah Nabi, suka kucing jugak.. walaupun ada alahan dengan bulu kucing sekalipun, tak bermakna kita boleh sepak terajang kucing tu. kan? kan?

  3. Haha. Lawak gak perbualan bro tapi pandai kucing tu bodek Bro. Kah3.

    Mm, saya tak pernah bela kucing. Arnab ada ar,itu pun adik punya. Yg pasti,saya agak geli terhadap kucing dek alahan hidung ni.

    Yg penting, sy ttp sygkan binatang. :D

  4. yeaaayyy…… !! saya pencinta kucing ! obses sgt.bukannya apa.cuma cepat kesian pd makhluk comel yg satu ni.pantang jumpa,msti rasa nk tolong.or at least kasi makan…. :)

    meh kita ramai2 sayang kucing meh…. heheheee..

    1. Bro xsuka kucing. Tak tahu kenapa, tapi bro rajin pula bagi dorang makan dan usap2 badan dorang sampai dorang tidur.

      Mungkin sebab bro alah dengan bulu dorang kot

Leave a Reply to mia liana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *