April 26, 2024

Program Shoping Raya Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Program Shopping Raya ini sudah masuk tahun ketiga. 2 tahun pertama ia dijalankan dibawah kumpulan We Heart All dan untuk tahun ketiga ini dijalankan dibawah Projek Iqra’.

Tujuan program ini ialah memberi peluang kepada anak-anak ini merasai suasana membeli keperluan raya seperti kanak-kanak lain.

Mereka diberi kebebasan memilih apa sahaja yang mereka inginkan dalam lingkungan bajet yang telah diperuntukkan.

Program ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk bersukarelawan dengan membawa kanak-kanak ini ke pusat membeli-belah dan membantu mereka memilih pakaian hari raya mereka.

Disamping itu anda dapat berkenalan dengan Baitul Ehsan dan meneruskan sumbangan kepada mereka di masa hadapan.

Tahun ini seramai 75 orang (angka telah dikemaskini) kanak-kanak dan dewasa (petugas) memerlukan penajaan dari anda.

Untuk pengetahuan anda,

Rumah Baitul Ehsan memulakan operasinya tahun 2008 yang lalu di bawah kelolaan Puan Ummi Azizah dan rakan rakan seperjuang.

Buat masa ini, Baitul Ehsan di Taman Maluri memuatkan seramai 24 orang anak-anak yatim,fakir miskin Perempuan.

Manakala cawangan di Gombak pula memuatkan seramai 40 orang anak-anak yatim piatu, yatim, fakir miskin lelaki.Kesemua 64 orang mereka ini di biayai oleh cawangan Baitul Ehsan di Taman Maluri, Cheras.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU:

  • Menaja belanja shopping raya anak-anak Baitul Ehsan & petugas (RM100/seorang)
  • Menjadi sukarelawan membawa mereka keluar membeli-belah
  • Menaja dan menjadi sukarelawan

Untuk menaja, sila menyalurkan sumbangan anda ke:

Maybank (Sharifah Sharina Syed Aswad): 1123 5304 8553 (akaun ini telah dikosongkan khas untuk projek ini). Jangan lupa untuk emailkan butiran sumbangan anda ke sherrina@gmail.com (jika anda menggunakan internet banking) atau SMS ke 017-274 8904

Sila email/SMS setelah buat sumbangan dengan menyatakan bilangan anak yang ditaja.

Selain itu,

Sukarelawan juga diperlukan untuk membawa kanak-kanak ini membeli-belah. Tesco Ampang akan menjadi lokasi tahun ini. Syarat menjadi sukarelawan seperti berikut:

  • memiliki kereta/van
  • 2 orang dewasa (pilot & co-pilot)
  • 2-3 orang kanak-kanak akan ditugaskan kepada anda
  • Sabar dan sukakan kanak-kanak
  • Sukarelawan lelaki amat digalakkan menyertai kerana tahun ini bilangan remaja lelaki di Baitul Ehsan agak ramai. Tiada co-pilot pun takpe.

Buat masa ini, permohonan sukarelawan dibuka kepada 20 buah kereta dahulu. Laluan perjalanan adalah seperti berikut:

Taman Maluri – Tesco Ampang – Taman Maluri

Bagi mereka yang arif dengan kawasan ini lebih digalakkan menyertai. Jika tidak, pihak kami akan menyediakan peta.

Maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh dapatkan di sini.

Iklan khidmat masyarakat ini dibawa oleh Bro Framestone khas untuk pembaca blog ini.

Tak salah beramal dibulan Ramadhan ini dan masa yang sama menolong mereka yang berada dalam kesusahan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Program Shoping Raya Bersama Anak Yatim Baitul Ehsan

Leave a Reply to Projek Iqra' Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *