March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 25] – Jemputan Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan

Alhamdulillah,

Sejak hari pertama berpuasa tidak putus-putus bro terima jemputan berbuka puasa.

Ada sekadar jemputan biasa dari kenalan dan ada juga jemputan dari hotel mahupun restoran tertentu yang ingin meminta perkhidmatan bro mempromosikan pakej berbuka yang mereka tawarkan.

Tapi malangnya,

Tak semua jemputan bro dapat pergi.

Bukan sebab bro memilih ataupun berlagak tak nak pergi.

Cuma lokasi dan masa tidak sesuai dengan keadaan bro.

Kadangkala jeles juga tengok ada rakan blogger makan dekat sana sini. Bro pula hanya makan bersama dengan budak rumah bro.

Dan tahun ini tahun last bro berpuasa bersama mereka. Selepas nie, bro dah tak duduk disini.

Rumah yang bro diami sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Bro akui yang bro akan terima jemputan yang berbayar (sebab ini termasuk dalam pakej pengiklanan di blog bro). Jika tidak, ianya bergantung pada faktor-faktor dibawah :-

  1. Lokasi (kalau boleh kebarangkalian sesat tipis)
  2. Masa (bro tak sanggup berada berjam dalam kereta untuk ke sana).
  3. Kos (minyak + tol + parking).
  4. Kesihatan (Bro bukannya sihat sangat).
  5. Tidak bertindih dengan jemputan yang lain.

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi menjemput bro selama ini.

Dan maaf dari pihak bro sebab gagal menghadirkan diri walaupun bro dah nyatakan bro tidak dapat pergi. Jangan segan nak jemput bro berbuka bersama.

Bro juga ingin minta maaf kepada rakan-rakan bro yang bro terpaksa tolak jemputan korang untuk berbuka bersama-sama.

Bicara Bro : Kesihatan bro kurang memuaskan.

Kalau korang perasan, bro macam kurang update blog dengan info dan perkongsian yang menarik.

Selamat berpuasa ek.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

46 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 25] – Jemputan Berbuka Puasa Sepanjang Bulan Ramadhan

  1. Tidur kena cukup bro, kunci kesihatan ialah tidur dan rehat yang cukup. Jemput buka kat masjid Kota Damansara, yang ni percuma je, sekadar mengeratkan silaturrahim.

  2. Tak sihat apa sebenarnya tu bro? Internal ke, external? Ishh…janganlah kiwa kacau sebab nak tukar status? Status tukar nnt, boleh juga upgrade in future kan.. You take care ya Bro.

    1. Tahun lepas hampir setiap hari dapat jemputan dan melibatkan blogger.

      Tahun nie je terasa lain sikit, sebab mana-mana event yang bro pergi tiada blogger yang terlibat.

  3. Jgn risau2. Takot x dpt kawen psl duit x cukup yea? Pinjam mak.. Huhu.. Mkn peria or epal hijau. Takpun minum teh hijau. Atau minum air biji selasih..

  4. Kesian dekat Bro..

    Jaga kesihatan Bro supaya boleh memenuhi lebih banyak undangan daripada rakan-rakan blogger..

    P/S: Tak jadi saya nak ajak Bro berbuka puasa di rumah saya… ;)

  5. buka puasa ngn budak umah la best. sng..sambil buka tgk tv… then terus je solat jemaah …. pastu leh g terawih,kalau g jemputan tu susah sikit, mesti makan berlebihan….:D

  6. Teringin hendak pergi cuma badang tak larat hendak tempoh perjalanan balik rumah yang jauh pada bulan Puasa ini tetapi tidak menolak jika ada jemputan pada masa akan datang.

  7. eden pun pergi yang mana boleh bawa anak isteri…yang lain terpaksala ditolak unless isteri mengizinkan…

    tak bestla juga makan best2 kat luar, isteri dan anak2 dirumah…

    1. Betul tue, mcm xberbaloi just kita sahaja makan then promote dekat blog. Elok promote sambil tunjukan makan bersama keluarga.

      Baru la penulisan dekat dihati

Leave a Reply to phreak-id Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *