Duit banyak habis di bazar Ramadhan.
Kadar penggunaan lebih kurang 2-3 kali ganda dari pembelanjaan seharian sebelum menjelang bulan puasa.
Parah juga macam nie.
Tak sangka tahun nie macam susah nak jumpa juadah pada harga murah macam tahun-tahun sebelumnya.
Bro malas nak pergi bazar yang jauh dari rumah, hanya pergi ke Bazar ramadhan SS6, Kelana Jaya. Dekat sangat dari rumah, turun lift dan jalan sikit je dah sampai.
Mungkin bro ada masalah untuk spend duit berbelanja kot.
Nampak sangat dah tak boleh hidup membujang macam nie. Nak masak dekat rumah, macam susah sikit.
Bicara Bro : Ada juga kenalan yang berkongsi cerita, harga makanan di bazar Ramadhan terlalu mahal dan kurang sedap di makan. Mungkin sebab dimasak pada sebelah pagi.
Dan harga mereka lebih mahal dari yang biasa mereka jual di pasar malam (jangan ingat pembeli tak cam muka korang ek)
Diharap ada pihak yang prihatin dengan isu ini.
Yang heran nya, ramai sungguh manusia mabuk membeli. Kat tasik permaisuri, cheras ni dah kronik sangat jam dia. dah mcm jln masjid india dah. ramai gila-gila orang.. jual nasi putih telur goreng pun boleh laku agaknya.. hahahaha
Rasanya ye la kot.
Ada satu kedai jual nasi tomato dekat stadium depan HUKM. Rm8 tue, mahal tak
yeehaaa.. masih btahan untuk blum berbelanja d pasar ramadhan… smua homemade n jiran tetangga made hahahhaha
Untung la…
Orang bujang, nak masak rasa macam tak berbaloi la sangat.
lagi satu bro nie jenis memilih makanan
aah, btol tu..klau gi bzar msti byk duit yg habis..mcm2 yang nak dibeli..
Bro beli sikit je, tapi harga mahal.. Apa kes
ala…ciannya… kena cepat2 kawin ni… hihihih
kena pandai berbelanja masa di bazaar ramadhan… kalau tak nanti melambak tak abis nanti… hihihi
Selalunya habis, rasa macam xcukup pun ada
tu dia..selera makan tinggi..
He..23x tengok perut gak la…
Masalhnya tak jumpa yang kena dengan selera sendiri.
waow..bkn main selera ek..
he..23x time nie makan dengan budak rumah, makan reramai
Salam, Bro..
Akak belum lagi ke Pasar Ramadan, hari ini baru nak jenguk2 sementara tunggu anak balik sekolah.. :-)))
w’salam
jengguk2 je ke he…23x
waktu kat bazar ramdhan la susah nak simpan duit..hehe
Plan nak berbelanja dalam RM5 je dekat situ, tapi selalunya terlajak sebab mahal sangat.
Kalau ikut bro beli dekat pasar malam, lagi murah dari tue
Setuju.. Harga bazar ramdhan bukan main lagi mahal… Kalau sedap x per la jugak..
Tau xpe…
Nanti Nurul cadangkan dekat mana sedap untuk berbuka ek
Masak sendiri lagi sedap n jimat .. =)
If masak sendiri sure tak tahu nak masak apa T-T
masak kat rumah lebih jimat..lagi sedap..hehehee..memang betul harga lebih mahal kalau nak banding dengan hari biasa..
Kalau ada yang sudi masakan, agak berbaloi juga la. Tapi malangnya, tiada huhuhu
Rekod pernah dicapai selama 11 hari saja tidak ke bazar Ramadhan. Itupun dipujuk rayu anak2. Smeoga tahun ni akan berjaya mencipta rekod baru.
Bro tahun lepas kot, tapi bila masuk hari ke-25 terpaksa mengalah sebab terpaksa juga beli makanan dekat bazar
Salam Ramadhan. Nak pergi Bazar Ramadhan boleh, tapi kena ada plan nak beli apa, kalau tidak, memang tak berbaloi dangan duit yang dikeluarkan….
errr.. makan ke telan tuh… ? O.o”
kalau nak beli kat tasik permaisuri kul 3.30ptg dah kene gi…klu pkul 5 baru nak gi alamatnya memang tak nampak gerai la jawabnya..nampak manusia jer
setakat hari ni berbuka dan bersahur ala kadar dengan keluarga
Biasalah kalau ke pasar Ramadan. Setakat RM10 terbang seperti tidak ada apa-apa pun. :-)
lazat makanan nih, tp kalau boleh bersederhana lagi best
biasalah tu. nama pun bazar ramadann..
Yang menjual pun ramai macam cendawan tumbuh selepas hujan. Berniaga hanya semasa bulan puasa.
Bro kena kawal sikit makan tu. Macam “besar” je juadah berbuka tu.