April 19, 2024

Samsung Galaxy Tab 10.1 (3g + Wifi) 16Gb Pada Harga RM 1,599


Baru beberapa hari lepas bro angkat Samsung Galaxy Note untuk si dia.

Dan semalam bro habiskan duit lagi.

Bro angkat Samsung Galaxy Tab 10.1 (3g + wifi) 16Gb warna putih pada harga RM 1,599 (korang rasa ini murah ke mahal?)

Kalau ikutkan bagi bro, macam tak berbaloi je habiskan duit banyak itu untuk sesuatu yang dah out to date.

Bro angkat pun bila tengok free gift yang dorang bagi berbaloi-baloi pada bro.

  1. Samsung ES80 (RM388) – memang bro nak ada sebiji kamera digital
  2. Portable Charger (RM169) – memang bro nak angkat sebiji dalam masa terdekat.
  3. Pen drive 8GB (RM39) – tak ada pun tak apa, orang dah bagi free. Amik je la.

Total nilai free gift yang dorang bagi dalam RM 577.

Bila kira betul-betul, bro macam beli Samsung Galaxy Tab 10.1 ini pada harga RM 1,022 selepas ditolak harga barangan free gift yang bro perolehi.

Bicara Bro : Kalau nak berbelanja, biar bijak.

Jangan jadi seperti bro. Lebih dari RM3k habis dalam masa beberapa hari.

Tetapi bagi bro amat berbaloi, sebabnya bro beli bukan saja-saja benda ini. Ada sebabnya bro beli semua benda ala ini.

Untuk apa? tungggguuuuuuuu…..!!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

28 thoughts on “Samsung Galaxy Tab 10.1 (3g + Wifi) 16Gb Pada Harga RM 1,599

  1. wah menariknya tawaran tu..
    kalau gadget tu boleh buat duit.. bagus beli..
    jangan beli kalau untuk buang duit dan buang masa online..

    1. Buat masa sekarag, semua gadget yang bro miliki boleh buat duit kecuali iphone.

      Bro guna hanya untuk main game + dengar lagu he..23x (tak boleh pakai punya owner he..23x)

  2. Kad mana Bro Beli Samsung Galaxy Tab 10.1 yang siap ada macam-macam free gift ni.. Nampak menarik jer..

    Lagipun sekarang ni tengah takder camera.. Dah dekat 6 bulan takder camera.. Selepas rosak akibat penangan hero-hero ku..

    Bila fikir balik susah juga nak jadi blogger, kalau takder camera.. nak tangkap gambar guna H/P gambar tak cantik.. Ialah manakan sama 14.3 MP dengan 3.2MP..

    Nanti nak survey jugalah harga samsung galaxy tab 10.1 ni.. Kalau ada harga offer macam yang bro angkat ni.. ok juga..

    1. Bro beli dekat Superbuy.com.my kalau bukak maybank2u pasti nampak iklan dorang..

      harga murah ini hanya untuk pengguna maybank2u sahaja.

      susahkan ade banyak hero-hero ini.. heroin ada juga x?

      bro ada je kamera.. tapi kenkadang ada masalah.. tue yang perlukan backup kamera…

      bro dah bagi link dekat atas.. if mu berminat.. usha la dekat link tue ek

  3. Kalau bagi aku, total 3k for all u get kira berbaloi2
    + grab Sam Tab tuh tak rugi pun. Mana tau next shoppg
    boleh beli smart tv samsung.. blh share skrin walaupun
    ke toilet.. hik3…

    1. AMboi.. next tue rasanya tahun depan kot..

      Dekat rumah dah ade 3 biji tv… tapi bebudak rumah bro yang punya…

      bro tumpang tengok je.. jarang ade dekat rumah

  4. huhu..buy 1 free 3 berbaloi-baloilah nampaknya bro…nanti senanglah nak update blog..kalau ade event bawak je galaxy tab nie.. snap dan post je dalam bro

Leave a Reply to PerenLee Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *