April 26, 2024

Pertemuaan Terakhir Antara Kau Dan Aku

Apa yang anda rasa,

Kali terakhir berjumpanya adalah pertemuan terakhir dalam hidup ini.

Pada ketika itu, tidak terlintas di hati bahawa itulah pertemuan terakhir antara kau dan juga aku. Mungkin juga mereka.

Tempat ini menjadi saksi.

Saksi kau ketawa, mungkin kau menangis dalam hati (siapa yang tahu).

Bezanya, kau tak luahkan apa yang kau rasa. Kau pilih berdiam sebagai penyelesaian. Kau tutup kesedihan dengan muka yang bertopengkan senyuman palsu.

Aku tak mahu ini menjadi pertemuan terakhir buat kita.

Aku tak mahu kau menangis sambil memeluk bantal busuk kau.

Aku masih ada disisi.

Bahu aku masih teguh untuk kau sandar, untuk kau tangisi, untuk kau meluahkan segala-gala kekusutan dihati.

Tapi, jangan kau lupa pula untuk membasuh baju aku sekiranya hingus kau meleleh dan kau kesatkan pada baju aku.

Sebab aku takut,

Aku takut, ini akan jadi pertemuan terakhir diantara kita.

Tuhan lebih berkuasa dalam menentukan qada’ dan qadar yang perlu kita percaya sebagai seorang Islam.

Bicara Bro : Al-fatihah buat rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidup ini dan pergi tanpa sebarang khabar berita.

Sesungguhnya

Tuhan lebih menyayangi anda. Moga aku dipertemukan dengan korang di akhirat kelak.

Teringat dekat seorang sahabat yang dah sebulan dok postpone balik Malaysia atas sebab kerja.

Dan juga dekat seorang sahabat yang tiba-tiba menyepi, selamat pembedahan berjalan lancar.

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Pertemuaan Terakhir Antara Kau Dan Aku

  1. Al-fatihah juga buat kawan2 Jay yg pernah hadir dlm hidup ini..yg pergi tetap pergi..yg hidup kena teruskan perjuangan..:(

  2. Pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan.. Semoga setiap pertemuan yang kita lalui dan perpisahan yang kita alami berlaku tanpa sebarang sengketa..

    Rakan buat selamnya..

    kata orang tempat jatuh lagikan dikenang.. Inikan pula tempat bermain.. ;)

  3. Aku tak pernah mengimpiak pertemuan terakgir wlaupun dia adalah orang yang kubenci. Selamat panjang umur buat semua teman2.

    Psttt Bro…hari ini akak boleh tengok gambar jari tu….

  4. Apahal sekarang ni selalu typing error jerk eh…

    mengimpiak=mengimpikan
    terangir = terakhir

    napak sangat nak cepat2 komen takut bos nampak.

Leave a Reply to Jun Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *