April 26, 2024

Malaysia – An Evening with the Phantom

An Evening With The Phantom

Membawa anda memasuki dunia drama romantik dan keagungan yang sukar ditandingi pada bulan Jun ini.

Konsert bertemakan “Gala Dinner” yang menampilkan penyanyi antarabangsa West End sensasi iaitu Ramin Karimloo.

Dengan suara yang mampu menghantui dengan kehadirannya, Karimloo akan menghibur warga KL  dengan deretan lagu-lagu daripada “The Phantom of the Opera” dan lain-lain muzikal popular.

Ianya akan diadakan di Grand Ballroom JW Marriott pada 21 Jun dan 22 ini.

Dikenali dengan vokalnya yang menghairah dan rupa kacaknya, berusia 33 tahun dan anak kelahiran Iran berwarganegara Kanada. Beliau telah menghiburkan peminat teater muzikal sejak membuat debut West End pada tahun 2001.

Seterusnya karimloo menghidupkan “The Phantom” pada musim ianya menjadi hit – tahun 2007/2009. Ini menyebabkan beliau lebih disayangi oleh peminat dan kemudiannya membuatkan beliau memilih il peranan sebagai Phantom terbaru.

Peranan beiau dalam sequel terbaru Phantom iaitu “Love Never Dies” pada tahun 2010, menyebabkan namanya tercalon untuk Anugerah Laurence Olivier bagi “Best Actor in a Musical”.

Beliau dibawa ke Malaysia oleh Pemenang Anugerah Produser, Enfiniti Vision Media.

Tiket untuk menyaksikan persembahan Karimloo bersama dengan “four-course dinner” pada harga RM1,000 per seat.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, anda boleh lawati www.AnEveningWithThePhantom.com, www.tickethotline.com.my atau hubungi +603 7725 1177 untuk pembelian Individual seat / +603 6142 9877 untuk Corporate Bookings.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Malaysia – An Evening with the Phantom

  1. Boleh tahan juga harga tiket untuk menyaksikan An Evening Of The Phantom niyer… Harganya lebih kurang 1/3 gaji saya sebulan… hehehe..

    Dulu saya pernah bekerja dekat JW Marriot Hotel Putrajaya.. Sekitar tahun 2004.. Kalau sesiapa nak cari duit poket tambahan boleh bekerja dekat sana..

    Masa tahun 2004 tu, gaji yang dibayar sejam cuma RM5.. Sekarang ni tak tahulah berapa ringgit sejam.. Mungkin tambah lagi kot.. Dapat kerja dalam 10 jam seminggu pun jadilah.. Dapat juga tambah duit poket.. ;)

Leave a Reply to jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *