April 19, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 22] – Berblog Tidak Mengenal Usia, Jantina Mahupun Status Ataupun Pangkat

Berblog tidak mengenal usia, jantina mahupun status ataupun pangkat dan darjat.

Sesiapa pun boleh berblog dan mempunyai blog sendiri.

Tiada yang melarang anda untuk berblog dan mempunyai blog walaupun kenkadang pelik juga bila ada blogger awek yang terpaksa private blog + facebook sebab pakwe dia yang suruh.

Nampak sangat anda sendiri tiada hak ke atas blog dan facebook anda.

Sepanjang bro berblog sejak tahun 2006 hingga sekarang, bro berkawan dengan semua blogger yang bro kenal.

Tiada jurang pun yang memisahkan kami walaupun internet kena potong dan blog kena block dekat office. Hp, twitter dan facebook tetap menemani.

Bagi bro,

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan usia walaupun pangat mereka macam adik or anak sedara. Ada juga yang seusia dengan mak ayah bro ataupun yang lebih berusia.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan jantina. Walaupun mereka memilih jantina berbeza tidak sama seperti dalam borang pendaftaran dimana hanya mention lelaki atau perempuan.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan status. Ada yang single, in relationship, bertunang, kahwin, duda, janda mahupun yang complicated (apa yang complicated pun bro tak pasti)

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan pangkat. Ada yang berjawatan CEO, jawatan besar dalam kerajaan. Ada title Dato’ atau Datin.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan darjat.

Sebab dalam al-quran sendiri menyataan bahawa orang islam semuanya sama di sisi Allah swt.

Tetapi kenapa pula kita bergaduh sesama kita, kita berpuak-puak, kita berkaum-kaum?

Timbul rasa anti menganti, boikot memboikot, caci maki semasa kita. Apa yang kita dapat?

Anda boleh fikirkan sendiri.

Bicara Bro : Sepanjang bro berblog, ramai yang bro dah jumpa dan berkenalan dengan mereka.

Dari orang biasa sampai ke artis, orang politik mahupun orang besar-besar. Takat nak mengeteh ataupun lepak, tiada masalah dengan bro. Sesiapa pun boleh ajak bro.

Tetapi kenapa ada segelintir orang melabelkan Bro Framestone blogger sombong?

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

41 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 22] – Berblog Tidak Mengenal Usia, Jantina Mahupun Status Ataupun Pangkat

    1. bro kena buat header dengan tulisan besar² warna merah

      ‘bro tak sombong tau’

      hehe..gurau je

      kita pernah jumpa kat sepetang bersama blogger anjuran Denaihati ;)

  1. ok…ok..

    mulai sekarang kita tak “cakap” awak sombong ok.

    kita taip..

    BRO sombong..

    hahaha…boleh tak cam gini…………..?

  2. dorang tak kenal bro..tak cuba tegur bro..sebab tu dorg kate bro sombong..selagi tak tegur selagi tu kita tak tahu kan..macam Jay dulu malu sgt nak tegur blogger2 yang lain.terutama yg otai2..but now alhamdulillah..Jay boleh berkomunikasi dgn dorg,boleh share idea.boleh gila2 bersama.hehe..so rajin2 tegur dan kenal dgn semua blogger.tak kira femes atau tak..:)

    1. tapi tak semua lah bro…hehehe..adakala segan juga nk komen2 kat blog dorg..just jadi silent reader je..ehehehe..blog bro pun boleh kire otai juga sebab dah lame wujud..:)

    2. isyyy…hai jay…
      saya tengah nak ngalahkan awak nih..
      saya nak berada ditempat pertama kat comment box tu..
      :)

  3. alamak… hehehe ada gambar kak mia plak dalam entri heheheh… segannya…

    sepanjang yang kak mia kenal bro, memang bro bukan sombong orangnya dan tidak pilih bulu. boleh diajak berbicara dan a very humble person…

  4. Huhu..bila dah nama manusia, apa2 pun orang boleh kata bro.sabar je la.. tak suma orang kita boleh puaskan hati. kami tahu siapa Bro Framestone…

    1. hehee.. bro framstone manusia yg suka bdiri atas kaki dia sdiri.. dan sentiasa nk bkongsi apa yg dia rasa patut do kongsi sama2.tkasih bro..

  5. Siapalah yang melabelkan bro sampai macam tu sekali.. Tak patut betul..

    Biarlah bro apa orang nak kata.. Yang penting niat kita betul dan kita buat benda yang betul..

    Kalau orang dah nak mengata, kita duduk pun orang kata.. Kita berdiri pun orang kata.. Apa sahaja orang buat orang tetap akan mengata..

    Kesimpulannya jadilah diri sendiri.. Buat sesuatu apa yang kita suka.. Semoga apa yang kita buat diberkati dan dirahmati.. Amin..

    1. Amboi nurul… Nak kena bahan dengan bro ke nie…??

      Kalau bro bahan nurul, risau nurul makin mengembang he..23x lepas tue dah sama saiz dengan bro

  6. Bro sombong?Mungkin blogger tu terasa kot bro tak pernah singgah blog dia he3..saya rasa sebab tulah kot….bagi saya takda istilah sombong kalau kita tak kenal betul dgn org tu.

  7. Hmmmm… lain orang lain ragamnya. Berbuat baik dikata menunjuk2, berbuat tidak peduli dikata sombong.. mcm2 ada..

    Let it be lah apa mau orang kata.. Yg penting kita senang dgn semua orang dan sekeliling… lama2 senyap ler..

Leave a Reply to mia liana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *