November 24, 2020

Hantu Durian Punya Budak Rumah

Hantu durian punya budak rumah.

Asal bro balik rumah,

Bukak pintu ada bau durian, tercari-cari juga guna hidung dan mata. Tapi hampa tak terjumpa pula.

Baunya ada, tetapi bendanya tiada.

Selongkar dapur, tak jumpa. Spotcheck dari bilik ke bilik, pun tak jumpa.

Pandang kucing yang duduk serumah (tapi tak pernah bayar sewa). Dia buat muka tak bersalah sambil jilat tangan sebelah kanan.

Pantang bila ada orang makan tak ajak member nie.

Teringat masa duduk rumah ini dengan housemate lain (dah merantau jauh dah) tahun 2007 – 2008. Hari-hari pesta durian.

Sebakul diratah bebudak satu rumah, siap ajak bebudak perempuan sebelah rumah (jiran) join sama. Lepas tue ta larat nak balik rumah.

Bicara Bro : Pagi tadi bro dah jumpa biji durian dalam plastik sampah.

Bila masa pula korang makan. Bukan ke bola malam tadi korang semua lepak depan tv dengan bro sekali.

Hantu punya budak rumah.

Kredit gambar : tumblr mrnamie.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Hantu Durian Punya Budak Rumah

  1. Tu dia.. Sedapnya durian tu bro.. Wife saya dengan anak2 saya pun hantu durian.. Pernah saya beli durian siam dari kota bharu bawa naik kapal terbang ke Mukah, Sarawak..

    Sampai dekat Mukah habis durian tu jadi tempoyak.. Terkantoi dah dengan bro Zarul Umbrella.. Sebab saya ada ceritakan pengalaman tersebut dekat blog saya.. ;)

  2. ye, skrg ni musim derian..kt mana2 ade bau derian..mmg nikmat utk pencinta derian a.k.a hantu derian..tp penderitaan bg yg x suka derian..ades~

Leave a Reply to akuzle ayu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *