April 25, 2024

Amanz.my Meletakkan Martabat Blog Melayu Ke Peringkat Antarabangsa

New Straits Times hari ini memaparkan tulang belakang kepada blog Amanz.my iaitu keluarga Amanz Network yang diasaskan oleh Aman Firdaus.

Tahniah bro ucapkan kepada keluaarga Amanz Network yang berjaya memartabatkan blog berbahasa melayu ke peringkat antarabangsa.

Keluarga yang kecik, tapi mempunyai pengaruh yang besar dalam sosial media masa kini. Mereka terdiri dari Aman Firdaus (founder), Tekong (CEO Amanz Network), Obefiend dan juga Nisa Kay.

Dalam masa yang sama mereka juga mendapat bantuan dari sesetengah pihak yang sudi berkerjasama dalam memastikan kualiti yang disampaikan di blog amanz.my terutama dari segi penggunaan bahasa Melayu yang mudah difahami dan mudah ditranslate ke bahasa lain.

Bagi bro,

Bukan senang nak cari blog yang mampu mengekalkan momentum untuk memastikan kualiti yang terbaik sebagai sumber informasi dan rujukan berasaskan niche teknologi terutama dalam Bahasa Melayu.

Moga yang terbaik buat Amanz Network. Terutama untuk projek yang akan datang ini :)

Bicara Bro : Walaupun bro bukan salah seorang ahli keluarga Amanz Network. Bro tetap berusaha mempromosikan mereka secara verbal kepada masyarakat dan kenalan bro.

Bro sekarang dalam proses membangunkan projek Hye Bro! Alhamdulillah, beberapa projek dan hala tuju dapat ditetapkan. Terima kasih kepada mana-mana pihak yang sudi membantu hye bro untuk melangkah kehadapan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

41 thoughts on “Amanz.my Meletakkan Martabat Blog Melayu Ke Peringkat Antarabangsa

  1. best of luck kepada bro juga..
    semoga projek bro akn berjalan dengan lancar..
    itu pn baru perasan yg page ‘Hye Bro’ tue rupanya under bro framestone..
    proud with our blogger’s nowadays..

    1. Ops…!! yup bro tengah cuba brandingkan Hye Bro. Alhamdulillah sudah ada artis dan syarikat-syarikat yang berminat untuk beri kerjasama.

      Tapi masih kekurangan tenaga kerja untuk menjayakannya :(

  2. Semoga rakan-rakan blogger lain juga dapat bersama-sama memberikan sokongan kepada blogger-blogger yang cuba untuk memartabatkan blog Melayu ke peringkat antarabangsa.. ;)

    1. Tiada benda yang mudah didunia ini.

      Nak copy paste pun dah susah. Sebab dah ada application untuk detect copy paste.

      Kalau tak percaya, try tanya pensyarah mana-mana Universiti sekrang nie

  3. smalam kali pertama tgk wajah founder amanz… yakni Aman Firdaus… kat entry ni kali kedualah… ;) Nisa Kay dah biasa, yg lagi 2 org tu pun baru ni tgk…

    tahniah !

Leave a Reply to aman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *