April 26, 2024

Seronok Tengok Adik-Beradik Membesar Di Depan Mata

Adik Beradik Bro Framestone
Seronok tengok adik-beradik membesar di depan mata kita.

Nak tengok semua berkumpul sekali memang susah. Harap time raya sahaja baru dapat rasa begini.

Itupun hanya sementara.

Masing-masing ada komitment sendiri.

Ada yang balik sebelum raya, ada yang balik pagi raya, ada yang balik semula selepas habis solat raya.

Bagaimanalah raya tahun ini?

Moga ada serinya berbanding raya-raya sebelumnya. Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga ini.

Bak kata adik bongsu bro,

“Kekosongan masih ada, dan masih boleh di isi” sambil buat high five dengan bro (yang faham saja faham apa yang ingin dia sampaikan).

~ Adik bongsu Bro. Tapi yang mana satu yang bongsu ek? ~

Dari yang single, mula bercouple gitew-gitew. Kemudian mula bertanda apabila family berkenan.

Insya’lah akan berlangsung tidak lama lagi

~ Rakan sekelas masa sekolah kata depa, start berhubung tahun lepas ~

Tertiba teringat pada awek-awek satu kelas dengan bro dulu. Walaupun kenyataannya kelas bro hanya ada 3 orang je gadis. Dan mereka duduk disebelah bro.

~ Adik bro paling tak menjadi satu ketika dulu, sekarang dia la kebanggaan keluarga (sekarang je la) ~

Pernah jatuh dan bangkit semula akibat keputusan yang teruk semasa SPM.

Sekarang rajin cari business (nak kahwin katanya), Dah pakai Hilux sekarang nie :)

Adik bro paling bongsu?

Ada ciri-ciri seorang ustaz. Tazkirah dan perkongsian ilmu tidak pernah lekang dari perbuatannya.

Dengar cerita dah ada jawatan tertinggi dalam persatuan.

Bila nak bertanding dalam MPP? Ke tiada sesiapa dalam keluarga bro yang nak ikut hala tuju bro dulu sebagai YDP MPP?

Alhamdulillah,

Walaupun sudah bertahun bro tinggalkan dunia politik. Masih ada menteri, ahli politik dan mereka berjawatan tinggi mengenali bro dan sudi bertegur sapa dengan bro.

Bicara Bro : Bro akui, dari kecil bro memang tak rapat dengan adik beradik bro kecuali yang paling bongsu.

Seronok juga habiskan masa bersama mereka. Dengar cerita mereka semua takut nak tegur Bro. Dorang cakap bro nie garang.

Garang ke?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Seronok Tengok Adik-Beradik Membesar Di Depan Mata

  1. garang ke bro??tgok peramah je??hehe..garang macamana pun ikatan kekeluargaan tu takkan putus..kasih sayang antara adik beradik tu takkan pudar atau hilang..:)

    1. hehe..sebenarnya Peramah tu Jay nk sebut sumtingtp tkut plak bro terasa nt.Jay tahu bro mg peramah.dan ada masanya juga jd serius n gramg.lbih2 bile time bro tension.itu yg Jay nmpak je.klau berdepan tu mgkin lbih tahulah.^-^..tapi apapun bg Jay walau mcmanapun perwatakan bro,Jay ttap anggap bro seorang yg xsombong dan seorang yg pemurah serta peramah^-^

  2. Selalu kita ingat anak-anak kita masih kecil pada hal mereka sudah bujang dan bekerjaya. Sudah tiba masanya kita mesti merubah persepsi itu.

    Kadang-kadang ibubapa terutama ibu susah hendak melepaskan anak lelaki mereka kerana mereka masih beranggapan anak lelaki masih kecil seperti dahulu.

    Saya pun kena belajar menerima keadaan ini apabila tiba masanya.

    Entri bro kali lain benor menyentuh hubungan kekeluaraan.

    1. Bro hanya kongsikan apa yang bro rasa, berkongsi dengan semua.

      Alhamdulillah kami semua adik beradik telah dilepaskan masa kecik.

      Now tengah tunggu nk lepaskan kepada orang lain je lagi…

  3. untung la ramai adik beradik…selalunye dalam ramai2 tu mesti setiap sorg ade kelebihan dan kekurangan masing2…seburuk2 perangai memasing pon, diorg masih darah daging sendiri kan…

    p/s:-
    Muke Bro dgn Cik Reena Tan tu ada iras2…serius dl ingtkan adik beradik hehehe…..

    1. tak ingat mane tgk…maybe kt fb or sumthing laa…lama dah nk cakap, tp bila tgk bro wat entry psl ni…bru la tercakap hahaha….

  4. hmm bro, gua hidup dengan adik gua, kecik2 rapat la, lepas gua sekolah, terus jarang rapat2 sbb gua sekolah masuk dalam ….. tak sempat nak tgk dia membesar pun, tau2 dah besar dah kawin dan jadi polis ..hehehehee

Leave a Reply to cik reena tan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *