April 19, 2024

Rompakan Bersepadu Episod 1 – Aloy Paradoks

Rompakan bersepadu.

Diilhamkan sejak tahun 2009, hanya pada tahun ini hasrat dan idea itu direalisasikan oleh Paradoks Productions.

Untuk pementasan pertama,

Rompakan Bersepadu akan dipentaskan selama empat hari bermula 3 Mei ini pada pukul 8.30 malam di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sebagai permulaan, siri ini akan bermula dengan teater yang berjudul Rompakan Bersepadu Episod Satu – Plan B. Jika berjaya, projek ini akan berlanjutan hingga siri ketiga.

Seperti kata Fasyali Fadzly (watak dalam teater ini + pensyarah di UiTM) memang akan ada episod susulan. Dan semuanya ada dalam kepala Aloy. Dan mereka semua tidak didedahkan lagi untuk plan yang akan datang.

Sinopsis Rompakan Bersepadu – Episod 1 Plan B.

Dan malam tadi,

Bro berkesempatan menonton teater ini pada pementasan hari pertama mereka.

Apa yang bro boleh gambarkan mengenai teater ini?

Terasa watak yang dibawa mereka dekat dengan penonton dan mampu membuat penonton berada bersama menjiwai watak yang dipentaskan.

Bau asap rokok, bau nescafe, bau mee meggi, bau kertas plan terbakar.

Bunyi siren polis…

Bunyi cerek air mendidih…

Hampir 90% dihasilkan sendiri. Tanpa menggunakan kesan-kesan khas mahupun pelakon stuntman.

Asap rokok memenuhi ruang dan sudut pementasan.

Aromanya menyemarakan lagi tekanan yang ingin digambarkan oleh setiap watak dalam teater ini.

Belum lagi aroma Nescafe 3 in 1 yang dibancuh enak oleh seorang watak yang kedekut tanpa memikirkan watak lain pun nak minum sama.

Konflik dan pembalahan diketengahan sebagai medium memecah belahkan ikatan persubahatan antara mereka yang merasakan ada yang membelot dalam kumpulan mereka.

Kuali dipanaskan.

Telur dipecah lalu digoreng.

Air didalam periuk telah mengelegak. Mee meggi dimasukan berserta perencah kari.

Aromanya membuatkan penonton terliur menyaksikannya.

Selamat bro layan teater bertemankan kacang :)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari blog Rompakan Bersepadu atau fan page Rompakan Bersepadu.

Bicara Bro : Kepada Aloy Paradoks, sorry beb semalam bro tengok mu macam bz. So bro tak dapat nak bersembang sangat dengan mu.

Next time ok.

Karya kali ini memang menarik. Setiap watak hidup dan mempunyai kekuatan memasing. Termasuk watak megi, kuat sehinggakan bro terliur membaunya.

 

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Rompakan Bersepadu Episod 1 – Aloy Paradoks

  1. wow..kalau mcm itu cara teater yg cuba disampaikan mmg terlalu dekat di hati bro..semua sound effect pun original…:)

    1. Memang telah diwarning awal2 oleh producer…

      If xboleh tahan, jangan datang tengok.. tapi rugi la.. ade 2 lagi sambung dari teater ini…

  2. teater yg dekat dgn jiwa penonton , pcl terkilan tak penah menonton teater yg gah sebenarnya..kecian..teater ank2 sekolah ade la..keh2.

  3. Bau rokok lam teater?? Ee..tak lemas ke?? Bahaya kot utk orang sume… Tapi best ke cte dye abg?? Macam ganas je??

    1. Memang ganas.. tapi best…

      Santai juga la menontonnya walaupun penuh suspen…

      Semalam semua selamat je.. xde pulak kes yang bukan-bukan :)

    1. Tak apa nurul… risau ketumbit nurul makin teruk pulak nanti..

      Semalam ada aksi buka baju.. pakai tuala… lepas tue aksi pakai seluar dalam etc…

      yang berlakon badan berketul2 gak walaupun ade sorang dua kurus kering

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *