March 29, 2024

Penonton Astro Kecewa : Pernikahan Awal & Scha Gagal Disiar Secara Langsung Di Astro Ria

Majlis pernikahan antara pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya yang diadakan di Hotel Pullman Lakeside, , Putrajaya sepatutnya akan ditayang secara langsung di Astro Ria malam tadi.

Tetapi terdapat kesilapan yang masih belum diketahui puncanya menjadikan peristiwa ini tidak dapat disiarkan secara langsung.

Dengan ini,

Pihak Astro memohon maaf kepada semua penonton di negara ini kerana kegagalan menyiarkan secara langsung pernikahan pasangan selebriti ini.

Mereka akan menyiarkan semula rakaman majlis pernikahan ini pada pukul 8.30 malam ini (Sabtu) di Astro Ria.

Rakaman majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan pada esok (Ahad) akan disiarkan selama sejam bermula pukul 9 malam masing-masing pada 11 dan 18 Mei depan.

Bicara Bro : Sebabkan peristiwa ini bro bertekak dengan adik perempuan bro yang tengah mencari feel untuk bernikah awal tahun depan.

Tak pasal-pasal bro tak bertegur dengan adik bro pasal kes ini.

Rasanya pihak Astro kena meminta maaf kepada bro adik beradik. Bro pasang Astro untuk menceriakan seisi keluarga bro. Tapi lain pula yang jadi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Penonton Astro Kecewa : Pernikahan Awal & Scha Gagal Disiar Secara Langsung Di Astro Ria

  1. eh sama la….mak ayh gaduh sesama mereka…gaduh sorang nk tgk bola, sorang nk tgk perkahwinan…at last tgk super spontan kul 10

Leave a Reply to syahrilhafiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *