April 18, 2024

Nani Syafrina Farmy Sudah Menjadi Milik Orang

Nani Syafrina Farmy.

Nama yang tidak asing di dalam blog bro.

Bukan seorang blogger, bukan seorang selebriti, bukan seorang yang hot.

Dia cuma orang biasa yang selalu bro masukan dalam blog. Apa istimewanya si Nani Syafrina Farmy sehinggakan dia selalu masuk dalam blog bro?

Dia kenalan bro di facebook.

Kenal pun sebab bermain game Mafia Wars (pada zaman-zaman bro jadi mafia dulu la).

Kadangkala dia ada tegur bro di facebook. Itupun sebab nak dapatkan kepastian betul ke tak apa yang dia nampak di kaca TV.

Dia cakap, dia nampak kelibat bro dalam TV. Bukan sekali, bukan 2 kali, tetapi berkali-kali (copy dialog kumpulan Sepah dalam Maharaja Lawak)

Adakah ini dinamakan angau?

Dan baru-baru ini, terbuka satu cerita yang bro tak tahu pasal dia semasa chat bersama.

“Sorry bro, saya bulan 5 nie dah nak bertunang” katanya

Kelu lidah bro walaupun bro tak tahu apa kaitan lidah dengan chat di facebook. Kalau jari, memang berkait rapat untuk menaip.

Dan pagi tadi dapat satu msg dari dia.

“Kalau bro tiada idea nak update blog, apa kata bro tulis pasal saya je”

Nak tulis pasal apa pulak nie, ish budak nie. Nama je lecture, tetapi perangai cam budak-budak. Tak kisah la, asalkan ada juga sumbangan beliau dalam mencari idea untuk di tulis di blog.

Erm……!!!

Selamat bertunang buat Nani Syafrina Farmy.

Bicara Bro : Senyap-senyap mu dah jadi tunangan orang.

Dan terima kasih kerana sudi bersembang dengan bro sejak perkenalan kita pada tahun 2009 hingga sekarang.

Bebudak yang main Mafia Wars dengan bro semuanya tak faham bahasa Melayu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Nani Syafrina Farmy Sudah Menjadi Milik Orang

Leave a Reply to jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *