April 17, 2024

Menikmati Selayang Burger Grill Bersama Rakan Blogger

Malam tadi bro berkesempatan lepak bersama beberapa rakan blogger di Selayang.

Kenapa Selayang?

Lokasi lain macam dah selalu pergi. Nak juga cari kelainan sikit bila lepak reramai dengan dorang.

Itupun kerana ada member bro rekemen satu lokasi baik punya. Kedai burger kawan dia baru buka di Selayang Jaya.

Betul-betul di depan Old Town Selayang Jaya (boleh search guna GPS)

Antara rakan blogger yang turut hadir

  1. Boni Zack
  2. Cik Siezuka
  3. Iera Kan
  4. Deq Noor
  5. Bro Framestone

Info Menarik Mengenai Selayang Burger Grill (klik untuk info lanjut)

Penyediaan Burger.
Menu Menarik
Harga Selayang Burger Grill
Yang Special
Hubungi

Penyediaan Selayang Burger Grill

Daging untuk burger dihasilkan sendiri menggunakan resepi sendiri.

Kemudian dibakar sebelum dimasak diatas kuali.

Menu yang disediakan oleh Selayang Burger Grill

Apa yang menarik terdapat di dalam menu mereka?

MeatBall (Home make + resepi sendiri)

Burger Lapis (Hanya RM13 sahaja)

Double Cheese Beef Burger (RM13 tak termasuk modelnya – bukan untuk dijual)

Fish Burger

Memang guna daging ikan yang selalu digunakan buat Fish n Chip

Cuma ianya tidak digoreng seperti mana yang selalu orang lain buat.

Chicken Burger

Menggunakan daging ayam sebenar.

Harga Selayang Burger Grill

Harga standard dengan burger sealiran dengannya.

Tetapi berbaloi untuk anda menikmatinya di sini. Pada harga yang sama anda dapat menikmati home make burger. Dagingnya diadun dengan resepi sendiri.

Blackpaper source pun dihasilkan sendiri.

Yang Menarik di Selayang Burger Grill

Selayang Burger Grill ada menawarkan “Happy Hour” kepada pelanggannya iaitu dari pukul 7 petang hingga 10 malam.

Dimana anda akan dapat diskaun sebanyak RM1 untuk setiap order yang anda buat.

Pada pelanggan yang datang pada hari Jumaat, anda akan menerima puding secara percuma (sebab ini kot bro pergi jumaat malam)

Paling penting,

Ada loyalty card.


setiap pembelian akan menerima satu cop.

Cukup 5 cop, dapat free Meat Ball

Cukup 10 cop, dapat free burger

Hubungi Selayang Burger Grill

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di talian 017-350 8936 / 012-285 0664 / 019-627 6686.

Atau ikuti mereka di twitter @SLgBurgerGrill atau di facebook Selayang Burger Grill

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

35 thoughts on “Menikmati Selayang Burger Grill Bersama Rakan Blogger

  1. pergh cm sdp je berger grill homemade ni.
    kalau ada masa, nk je try buat konsep cmni kt perlis.
    rsnya blom ada lg. smo pakai daging ramly je. huhu.
    tp mlgnya sampai skg blom berkesempatan nk buat apa yg diplan

Leave a Reply to wandisini Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *