Malam tadi bro berkesempatan lepak bersama beberapa rakan blogger di Selayang.
Kenapa Selayang?
Lokasi lain macam dah selalu pergi. Nak juga cari kelainan sikit bila lepak reramai dengan dorang.
Itupun kerana ada member bro rekemen satu lokasi baik punya. Kedai burger kawan dia baru buka di Selayang Jaya.
Betul-betul di depan Old Town Selayang Jaya (boleh search guna GPS)
Antara rakan blogger yang turut hadir
- Boni Zack
- Cik Siezuka
- Iera Kan
- Deq Noor
- Bro Framestone
Info Menarik Mengenai Selayang Burger Grill (klik untuk info lanjut)
Penyediaan Burger.
Menu Menarik
Harga Selayang Burger Grill
Yang Special
Hubungi
Penyediaan Selayang Burger Grill
Daging untuk burger dihasilkan sendiri menggunakan resepi sendiri.
Kemudian dibakar sebelum dimasak diatas kuali.
Menu yang disediakan oleh Selayang Burger Grill
Apa yang menarik terdapat di dalam menu mereka?
MeatBall (Home make + resepi sendiri)
Burger Lapis (Hanya RM13 sahaja)
Double Cheese Beef Burger (RM13 tak termasuk modelnya – bukan untuk dijual)
Fish Burger
Memang guna daging ikan yang selalu digunakan buat Fish n Chip
Cuma ianya tidak digoreng seperti mana yang selalu orang lain buat.
Chicken Burger
Menggunakan daging ayam sebenar.
Harga Selayang Burger Grill
Harga standard dengan burger sealiran dengannya.
Tetapi berbaloi untuk anda menikmatinya di sini. Pada harga yang sama anda dapat menikmati home make burger. Dagingnya diadun dengan resepi sendiri.
Blackpaper source pun dihasilkan sendiri.
Yang Menarik di Selayang Burger Grill
Selayang Burger Grill ada menawarkan “Happy Hour” kepada pelanggannya iaitu dari pukul 7 petang hingga 10 malam.
Dimana anda akan dapat diskaun sebanyak RM1 untuk setiap order yang anda buat.
Pada pelanggan yang datang pada hari Jumaat, anda akan menerima puding secara percuma (sebab ini kot bro pergi jumaat malam)
Paling penting,
Ada loyalty card.
setiap pembelian akan menerima satu cop.
Cukup 5 cop, dapat free Meat Ball
Cukup 10 cop, dapat free burger
Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi mereka di talian 017-350 8936 / 012-285 0664 / 019-627 6686.
Atau ikuti mereka di twitter @SLgBurgerGrill atau di facebook Selayang Burger Grill
mak aii!!..lamanya aku tak pekena burger..home make lg la tak sempat…
If mu turun selayang.. boleh la singgah sini
huyyo.. da siap da?? cepatnyer..hehehe
Biasa la.. kalau macam nie, kena charge lebih la kan he..23x
Wah menarik resepi sendiri. Lihat burger bertingkat takuttt..
Sorry beb, time nie lupa nak jemput mu. Dekat je kan dengan Rawang :)
Memang dekat. Tidak ada rezeki. Mungkin lain kali. :-)
baju kawasaki size XL… xterpakai eden…
hahahha
sedap wok beger tu!
Boni je yang padan dengan body dia..
Si Nurul dah selamat jual baju2 yang dia dapat tue
boleh buat rakan kongsi ke ni
kat kuantan belum ada lagi ni :)
Try la roger.
Dioa ada plan nak buat franchies
yg kat puchong nie siap amik no giliran mcm klinik pulak kik
Wah…!!
Situ lagi dasyat
terbaik ah burger dia,tgk pun dah tau sedap…puaas hati makan besar macam ni
nampak sedapppp ;D
uihhh…sedap tu :D
:) jauh benor nk pegi….
mak aihhh terliuq tengok.. meleleh..
Burger yang mana satu yang bikin kamu terliuq tue ek
double cheese beef burger.. fuhh meleleh. hehe meatball tu pun nampak sedap.
memang sedap & must try! pasti membuka selera siapa yang memakannya… :)
thanks bro for inviting me… ^_^
Lepas nie boleh la invite lagi kan..
Genap 2 hari Deq noor makan burger… bulat la dia lepas nie
Aduhh..sakitnya mata tengok burger lapis tu..camana la nak makan tinggi gitu ye?
Yang tue mu tanya gadis2 di atas…
Dorang yang habiskan burger tue. Jangan tanya bro macam mana dorang makan he..23x
bila nak belanja tyka ek..
Bestnya. Sangat mengiurkan. hehe
Sedapnyyyyeerr~~~
terbaik lah bro..hehehe..bukan SBG ni ke yg masuk rancangan JJCM hari tu??
macam best je makan kat sini..kene ajak kawan2 ni..
akan di cuba suatu hari nanti
bagus juga strategi dengan loyalti card tu..
sy yg dok area2 selayang pun belum try lagi ni bro…hee…
Ada masa try la…
Baru je bukak nie. Dia ajak orang jauh rasa dulu
pergh cm sdp je berger grill homemade ni.
kalau ada masa, nk je try buat konsep cmni kt perlis.
rsnya blom ada lg. smo pakai daging ramly je. huhu.
tp mlgnya sampai skg blom berkesempatan nk buat apa yg diplan
pehh..beger kalau dah lebih 5 ringgit sekarang, ramai yang sanggup bayar. janji sedap..