April 17, 2024

Langgar Dan Terajang Kereta Orang

Tengah best parking kereta dekat tempat parking.

Entah lelaki mana entah tertiba langgar kereta bro dari depan.

Kalau naik kereta or motor boleh la percaya. Ini jalan kaki pun boleh terlanggar kereta yang elok statik dok parking di tempat parking.

Lepas tue dia buat muka tak puas hati terus terajang kereta Bro.

Terus bro menjerit “Woiiiiiiii…..!!!!!”

Terperanjat dia. Dia ingat tiada orang dalam kereta. Tapi dia sempat juga cakap “Kalau berani keluar la”

Bro time tue naik darah jugalah. Tapi berjaya ditenangkan oleh orang disebelah. Undur kereta terus blah dari situ.

Dia bajet batang besi dekat tangan dia tue bro takut.

Dia tak tahu bro pun ada batang juga.

Selain batang dalam seluar, bro ada batang besball (ala lock kereta tue la…)

Sorry, bro memang seorang yang panas baran dan ada darah tinggi. Rekod bergaduh, ramai juga yang masuk hospital or patah gigi. Kes polis je xpernah ada lagi.

Takat dinding retak or tangan bro berdarah tue ada la he..23x (bajet kebal kan).

Sian kereta kuning nie…..

Bicara Bro : Dengar cerita orang tue sebelum sampai tempat bro banyak cari masalah dengan orang lain.

Matanya sebelah buta dan mungkin ada masalah mental. Bro doakan dia terus hidup sampai esok.

Teringat lagi masa bro form 1, bro terbelasah abang form 5 yang paling taiko dekat asrama. Terus dia tak berani nak usik bro.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

48 thoughts on “Langgar Dan Terajang Kereta Orang

    1. kalau dia libas dekat kereta…

      Risau, itu la perbuatan terakhir yang dia buat dekat muka bumi ini.

      Itu je bro berani cakap. Yang kenal bro je tahu bro nie macam mana he..23x

  1. hahaha…dia ingat pompuan kot dlm keta tu,tu pasal dia berani sound.hehehe.

    klu eca pun,eca sound je bro.xpatut la lgr tetiba mcm tu.at least,ckp la Sorry ke,angkat tangan ke..

    daku pun ikut panas!.haahha

    1. Bro bukan gangster.. xde geng pun.. Sorang2 pun boleh.

      Dulu zaman sekolah, tak ramai yang berani cari pasal dengan bro.

      Bebudak cina n india panggil bro taiko.

    1. ..ya, samalah, Special Edition juga. Cuma nombor plat memang tak sama. Sesuai dengan jiwa muda kereta ni.

  2. cayalah bro.. kalo dapat belasah dia tu mesti best.. huhu.. aku dulu pon kuat gaduh gak.. penah kena parang kat kaki.. lepas setel gaduh baru rasa sakit.. lepas tu dah serik nak gaduh2 dah.. sayang nyawa ooo..

    1. Mu kuat gaduh.. bro xkuat gaduh.

      Rasanya 3 pukulan boleh KO kot bro buat. Itu pun jika bro masih sama macam 10 tahun dahulu la he..23x

      Now, naik lift pun dah semput he..23x

  3. hihi…kalau lawan dengan orang sewel nanti kita pun jadi sewel…sangat elok lah tu bro terus jer bla…yang penting miss yellow tak tercalar….

    1. Tak tahu bercalar or kemek dia tendang.

      Memang time tue blah terus la..

      Bukan takat risau kereta bercalar, risau juga jadi muka depan akhbar esok.

      “Blogger ditahan disyaki suspek pembunuhan kejam lelaki mental” he..23x

      Ok x tajuk nie?

    1. Kalau muka mu yang terajang semalam.

      Memang hari nie bukan takat masuk paper, masuk blog etc semua ada la he..23x

      Main2 dengan bro ek he..23x

  4. hahahaahahaha.. mangkuk tingkat punya orang. jalan kaki pun leh langgar kereta orang. kereta yang duduk statik pulak tu..memang masalah mental betul..hahaha

  5. Relaks bro,mcm2 kerenah manusia ada atas bumi ini.Yang penting kena banyak2 bersabar ye bro..Kalau tak tahan sangat turun kereta belasah je bro….

    1. Ikutkan hati memang nak turun.

      Tapi kalau ikutkan fikiran yang bernas nie.

      Masa emas bro nie rasanya tak layak untuk dihabiskan di balas polis or mahkamah terutama untuk orang-orang sebegini.

  6. Orang2 macam nih kita boleh nak duga…better biar nampak takut dari jadi masalah,buat nyer dia ketuk cermin..alahai..sapa disebelah bro tu?

Leave a Reply to Ekspresi Ruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *