March 29, 2024

Hadiah Teristimewa Buat Hari Ibu

Minggu ini bro nampak senyuman ceria terukir diwajah mak.

Berbeza dengan hari kebiasaan. Manis berjalan erat dengan ayah.

Nampak sepadan, sweet couple gitew. Dengan pakaian dan warna yang sedondong.

Berbeza dengan anaknya ini. Selekeh je memanjang. Mungkin sebab itu jodoh susah nak lekat kot.

Minggu ini mak turun KL.

Hotel bro book untuk privasi mereka. Walaupun xsemewah mana. Tapi cukup selesa buat mereka.

Hari ibu disambut beramai-ramai bersama kesemua anaknya.

Memang susah nak kumpulkan anak-anaknya. Harapkan time raya baru dapat. Kalau tidak, kena tunggu raya tahun depannya pula.

Kali ini, bukan anaknya sahaja yang ada. Menantu dan bakal menantu juga ada.

Terasa meriah pula family ini. Dengan berbagai ragam tapi mampu membuatkannya tersenyum.

Ayah juga begitu.

Bro juga begitu. Tak sangka adik beradik bro semua dah besar-besar belaka.

Dan mereka juga mengatakan bro juga sudah semakin besar. Lebih besar dari dulu (gemuk)

Mungkin kerana bro bahagia dengan jalan yang bro pilih. Pilih sebagai hala tuju hijrah bro. Jauh dari laluan yang pernah bro pilih dulu.

Diharap ianya mampu memberi sinar dalam hidup dan memastikan senyuman masih terukir pada wajah ibu.

Bagaimana pula dengan anda?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Hadiah Teristimewa Buat Hari Ibu

    1. bukan wang ringgit yang mereka nakkan tetapi kasih sayang dan doa dari anak2 mereka itu yg lebih berharga bg mereka..

  1. ..hati tersentuh saat selesai membaca entri kali ini. Samalah bro, kami juga berhijrah. Hijarah karier, hijrah attitude, hijrah sikap untuk membina hidup lebih bahagia. Selamat Hari Ibu, khusus untk your mom dari kami di iAwani.

  2. Selamat hari Ibu buat semua wanita yg bergelar ibu…jasa yg sangat besar kpd anak2 masing2….pengorbananmu dihargai…

  3. saya pulak berharap saya maju jaya dalam dunia berblog ni dan membuatkan mak saya bangga dengan diri saya.. dan , tidaklah dia ingat saya hanya buang masa depan laptop je

  4. Selamat hari ibu buat semua ibu2 yang bersusah payah mengandung,melahirkan dan membesarkan anak2 mereka..bukan membesar(bagi gemuk )ek..:)

Leave a Reply to Mus Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *