April 26, 2024

Filem Nongkrong Bukan Sekual Kepada Ngangkung

Nongkrong bukan sekual kepada filem Ngangkung yang berjaya membuat kutipan sebanyak 10 juta walaupun ianya mengandingkan perlakon yang sama.

Itu yang dinyatakan oleh pengarah filem ini iaitu Ismail Bob Hashim kepada bro.

Masih berisukan mengenai nombor ekor. Cuma dibawa melalui pendekatan yang berbeza.

Ismail Bob Hashim selaku pengarah filem ini.

Watak utama yang meneraju filem ini iaitu Epy Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan Shaheizy Sam.

Apa yang menarik?

Lakonan Shaheizy Sam nampak berbeza dari Filem Ngangkung dan filem-filemnya yang lain. Nampak lebih kelakar dengan mimik muka termasuk percakapannya dalam nada Jawa.

Dan Epy pula diberi perluang meneraju filem ini sama seperti mana yang beliau berikan semasa mendukung watak sampingan dalam Filem “Hantu Dalam Botol Kicap”

Review filem Nongkrong.

Ianya mengisahkan mengenai tiga pemuda iaitu Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan bermain nombor ekor.

Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka.

Segala-galanya bermula,

Apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka mendapatkan nombor ekor. Puteri bersetuju dengan syarat, salah seorang daripada mereka bertiga perlu berkahwin dengannya. Kerana melihatkan kejelitaan Puteri, Bada terus bersetuju.

Cumi tidak sesuai kerana dia akan berkahwin tidak lama lagi. Aman pula terlalu tua bagi puteri dan isterinya sedang tunggu masa nak beranak. Maka Bada menjadi pilihan, atas kerana kemachoan dan statusnya sebagai duda.

Selesai sahaja upacara perkahwinan, Puteritersebut menunjukan rupanya yang sebenar dan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri dengan menggunakan lesung batu.

Kehidupan mereka mula berubah apabila hantu Puteri terus menghantui kehidupan mereka termasuklah mengganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.

Mana-mana bomoh yang ingin membantu mereka, dibunuh kejam satu persatu oleh hantu Puteri. Sehingga pada akhirnya adik kepada Aman (Man Raja Lawak) membantu mereka melepaskan diri dari dihantui oleh hantu Puteri.

Trailer Filem Nongkrong

Filem ini ditayangkan di seluruh negara bermula pada 10 Mei 2012. Jangan terlepas perluang untuk menontonnya.

Bicara Bro : Jika Filem Ngangkung berjaya mendapatkan kutipan 10 juta. Kita lihat bagaimana pula dengan filem ini.

Awek-awek cantik semuanya berlakon sebagai hantu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Filem Nongkrong Bukan Sekual Kepada Ngangkung

    1. ngangkung RM 10juta pulangan ??
      Setahu den RM 8 juta lebih jer… hehs :)

      Woot filem seorang remaja lelaki yg jual baju demi mengumpul wang utk mengahwini nadia… ekeke

Leave a Reply to woot Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *