Walaupun demam bro masih mampu gagahkan diri turun padang.
Lagak mengalahkan YB yang risau kerusinya akan dirampas di Pilihan Raya Umum akan datang.
Lantak apa orang nak kata.
Janji tetap janji,
Maaf bro semalam lepak Gathering Futsal Sahabat Blogger xsampai 15 minit.
Datang salam, tolong buat cabutan bertuah kemudian amik gambar dengan sesiapa yang sudi. Salam dan balik.
Sure ramai yang tanya, siapa mamat poyo bajet retis. Tapi dorang bukannya tahu apa yang terjadi pada bro.
Bro kemarin turun Pulang Pinang siap balik hari.
Kemudian semalam ke Rawang, dah selesai urusan disana terus ke Shah Alam. Sorang-sorang nampak muka berkerut nampak.
Mungkin dorang tak kenal bro. Tak pe kalau tak kenal. Salam perkenalan dari bro.
Kemudian bro ke Sunway Pyramid bersama Budiey sambil menikmati wayang di TGV Club. Dapat gak berkenalan dengan beberapa artis.
Habis sahaja, bro terus ke KL.
Dah berjanji nak jumpa dengan Ana Raffali bersama suaminya, Naim. Dia cakap bro dah makin berisi.
Sebab tak larat nak balik, bro tidur dalam kereta.
Pagi bro menghala ke Bandar Baru Bangi, berjumpa dengan rakan blogger di perkarangan rumah seorang Datuk.
Pujian pertama dari Datuk tersebut,
“Tak sangka bro framestone ini peramah orangnya, boleh bawa berbincang lepas ini”
Thank Datuk,
Dan kebanyakan blogger yang hadir boleh dikatakan hampir nak menamatkan zaman belia.
Tertiba terasa muda. Tetapi tak apa, bro masih pandai membawa diri.
Demam masih tak redah,
Maka terpaksa tidur dalam kereta sambil berselimutkan tuala untuk memastikan badan berpeluh.
Sekarang, (time bro update blog ini) bro tengah siap-siap mandi (lokasi dirahsiakan – takut ada yang mengintai).
Selepas mandi bro nak terus gerak ke event anjuran Oh! Media di Saloma Bistro.
Esok ada 2 event iaitu HTC One dan Pra-tonton “3 Temu Janji”
Bicara Bro : Dah 4 hari bro tak check email. Dan tadi bro sempat check.
Minggu ini, banyak event invitation dan bro rasa nak pitam. Ada sesiapa nak jadi PA bro tak.
Syaratnya minat berblog, rajin berblog dan sanggup ikut bro ke hulu ke hilir.
Jika outstation, ada hotel dan sanggip duduk sebilik dengan bro (ada tak perempuan yang berani dengan bro)
Pandai edit video dan mempunyai ciri-ciri wartawan (Boleh interview dan petah berkata-kata) + boleh buat PR
kesian bro…tido la cukup2.,moga dpt PA yg baguss..
Harap macam tue la.. malam nie nak tidur puas-puas…
cadangnye la kan he..23x
Bukan hampir nak menamatkan zaman belia, tapi dah melahirkan belia2 yang kian menginjak dewasa pun!
Janggal rasanya kakcik nak panggil Bro kerana mungkin sebaya dengan anak sulung kakcik je. :)
umur bukan penghalang.. “bro” adalah my name bukan kata ganti ke-2 or ke-3 bagi saya kak
full time blogger cmni la….kalau sakit pon tak payah amik MC…cuti je suka hati. tp kalau tk p event sana sini, huhu~ cmno nak dpt income ek….uhuk2…
moga cpt sembuh.
No income, terseksa la tiap2 bulan
jgn lupa mkn ubat
nanti sihat la tu bro :)
ubat sentiasa ada :)
busynye bro..smoga cpt smbuh.
harapnya macam tue la.. schedule bro memang pack
woahh penuh ngan aktiviti ek bro nye weekend… :)
selalunya weekend memang penuh dengan aktiviti
bro kene tamatkan zaman bujang bro tuh..
Kalau tamatkan pun, rasanya tetap cam nie kot.. cuma lagi bertambah aktiviti je
rehat secukupnye bro…
jgn pakse sgt badan tu…
Tengah berehat la nie…
unsangkerable bro turun td. anwy, tqvm..
cakkkk…!!!
Terkejut x?
bz nyer bro..bawakkan rehat..klau xcukup rehat mmg mcmtulah..demam dtg menyerang..huhu
Nak buat cam mane jay… sakit tak mengenal sesiapa… eh bunyi cam “maut tak mengenal sesiapa” je
mmg bro..xper Jay doakan semoga bro cepatlah sembuh ye..
Get Well Soon , ni dh baik belum… semangat mau ada..