March 29, 2024

Sidang Media Filem Berani Punya Budak

Baru-baru ini bro dijemput ke sidang media dan pra tonton filem terbaru dari Afdlin Shauki iaitu Berani Punya Budak yang akan ditayangkan pada 26 April ini.

Untuk filem ini,

Beliau membuat kelainan apabila ianya melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW &Ismail Holdings.

Filem ini dibarisi oleh pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie.

Anda boleh baca sinopsis filem ini di sini.

Untuk pasaran Thailand, ianya dikeluarkan dengan judul Brave dan ianya dipasarkan dibeberapa buah negara di Asia dalam bentuk DVD menggunakan bahasa Thai.

Bagi pasaran Malaysia,

Ianya dialih bahasa ke Bahasa Melayu dan kebanyakan menggunakan suara Afdlin Shauki sebagai pengalih suara. Judulnya juga ditukarkan kepada “Berani Punya Budak”

Boleh dikatakan beberapa babak dipindah untuk pasaran Malaysia.

Ini dapat membezakan filem ini untuk pasaran Thailand dan juga Malaysia. Ini kerana untuk filem Brave, terdapat pengedaran DVD dalam pasaran Malaysia tanpa kebenaran dari pihak Afdlin Shauki tetapi mempunyai pelekat hologram dari KDNK.

Jika filem ini berjaya, Nantikan filem susualannya iaitu “Berani Punya Budak 2” yang 100% menjalankan pengambaran di Malaysia untuk pasaran di Thailand pula.

Nantikan filem “Berani Punya Budak” di pawagam berhampiran anda pada 26 April 2012.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Sidang Media Filem Berani Punya Budak

  1. Saya suka lakonan Afdlin Shauki ni..
    Setiap cerita dia mesti ada msg yang nak disampaikan..
    Haha.. Nak try test tengok la cerita Berani Punya Budak ni..

Leave a Reply to jay Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *