April 26, 2024

Sepetang Di Genting Highland Dengan 2 Gadis Comel

Rabu lepas,

Rasa macam stress semacam. Memang tengah stress sebenarnya.

Terlintas plan nakal dalam pukul 1 tengahari untuk ke Genting. Kalau pergi sorang-sorang memang tak la. So bro bawa kenalan bro untuk ke sana.

Neo Ann Na

Jin Yin Chew

Comelkan dorang.

Memang comel dan sporting. Jangan sesekali nak mengorat dorang.

Sampai Genting dalam pukul 3 petang.

Ini kali ke-3 dalam hidup bro pergi ke Genting.

Perkara utama yang bro buat? Mesti la terus check in hotel di Genting Hotel.

Cer teka pakej mana yang bro amik?

Ok fine… Pakej hotel ini disponsor. Bro terima je :)

Nampak macho la pulak bergambar dalam bilik air.

Gambar diambil menggunakan reflek cermin di dalam toilet. Tak nampak macam bro amik sendiri kan?

Ops…!!! Kami tak buat apa-apa tau di atas katil, sekadar bergambar je.

Bosan duduk hotel, kami merayap menikmati cuaca sejuk selepas hujan di luar.

Memang sejuk sangat cuaca di luar.

So singgah kejab di Starbucks Genting. Bro datang tepat pada masanya. Iaitu Happy Hour.

Dapat discaunt 50%

Bro jalan-jalan je sekitar Genting. Tak tahu nak buat apa. Bajet dalam poket pun tak banyak.

Hanya mampu bergambar dengan minuman Starbucks je.

Kalau la dorang sudi sponsor bro kan.

Cuma masa bro di Genting tak lama. Bro kena balik ke KL. Ada urusan perlu dibuat. Sekurang-kurangnya ada juga teman untuk berbicara gelak ketawa time-time macam nie.

Bicara Bro : Thank korang berdua. Sorry selama nie bro nampak macam sombong dan kurang bersembang.

Korang pulak jangan fikir bukan-bukan pasal bro bila berada di Genting bersama gadis-gadis yang comel :) Dan jangan jeles pulak.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Sepetang Di Genting Highland Dengan 2 Gadis Comel

  1. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh x ajak! time aku cuti pn x ajak g mana2 an? hahaha padahal aritu aku trn putrajaya leh je roger bro..hehe

Leave a Reply to kkida@1001resepi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *