March 29, 2024

Majlis Perlancaran Hyundai Showroom Oleh Sutera Gemilang Auto


Baru-bari ini bro telah dijemput oleh wakil pengedar kenderaan di bawah Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Sutera Gemilang Auto Sdn. Bhd. (Sutera Gemilang Auto).

Ini sempena majlis perasmian pembukaan pusat jualan, penyelenggaraan dan alat ganti (3S) untuk semua jenis kenderaan jenama Hyundai pada 6 hingga 8 April 2012 yang lalu.

Sebelum majlis bermula,

Bro sempat merayau dan mencuba model terbaru Hyundai Elantra yang dipamerkan di sini.

Apa yang menariknya di sini?

Ianya bukan sekadar bilik pameran, tetapi menjadi pusat penyelengaraan dan alat ganti pada pengguna kenderaan Hyundai.

Terdapat kemudahan lain yang ditawarkan di Sutera Gemilang Auto, seperti:-

  • Mesin air untuk pelanggan
  • Ruangan rehat dengan kemudahan televisyen dan komputer
  • Ruang pemandangan yang jelas untuk pelanggan melihat kereta diselenggara
  • KemudahanWiFi
  • Persekitaran yang selesa
  • Ruangan kerja untuk pelanggan melakukan kerja ketika menunggu kereta diselenggara.
  • Kemudahan 20 ruang tempat letak kereta untuk pelanggan
  • Menyediakan 9 buah tapak penyelenggaraan dan mampu memberi perkhidmatan kepada 32 buah kenderaan sehari.

Memang selesa dan berbaloi bagi pengguna kenderaan Hyundai untuk datang ke sini.

Majlis perasmian Hyundai Showroom Oleh Sutera Gemilang Auto

Dari kiri Encik Lau Yit Mun (pengarah urusan Hyundai Sime Darby Motors), Encik Sunny Quek (pengerusi Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd),dan Encik Zoon Kim (Timbalan Pengurus Besar Ibu Pejabat Rantau Asia dan Pasifik Hyundai Motor Company).

Promosi Terkini

Diskaun tenaga buruh dan penyelenggaraan sehingga 10% dan cuci kereta secara percuma.

Untuk penyelenggaraan yang cepat, mereka merancang untuk menyediakan perkhidmatan “DROP OFF BOX” di mana pelanggan boleh meninggalkan kunci kenderaan mereka ketika waktu bekerja atau lepas waktu beroperasi.

Waktu Operasi:

9 pagi- 8 malam hari bekerja
10 pagi – 6 petang hujung minggu dan cuti umum

(Dibuka setiap hari termasuk bahagian penyelenggaraan)

No. Telefon (Jualan) : 03- 7832 4888 / 7832 4444
No. Fax (Jualan) : 03- 7832 4222

No. Telefon (Penyelenggaraan): 03- 7832 4333/ 7832 4555
No. Fax(Penyelenggaraan): 03- 7832 4999

Lokasi: Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web http://www.hyundaiselangor.com/Hyundai atau melalui laman facebook https://www.facebook.com/SuteraGemilangAuto

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Majlis Perlancaran Hyundai Showroom Oleh Sutera Gemilang Auto

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *