April 26, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 19] Jangan Busukkan Nama Sendiri Dengan Blog Anda

Kalau nak rosakkan nama sendiri, tak susah. Paling senang korang buat blog sendiri, guna nama korang, tempek gambar besar-besar, lepas tu buat pengakuan yang korang pernah terlanjur.

Zass!! Dalam masa 24jam korang dah berjaya jadi famous dan mencemarkan nama sendiri.

Itu baru satu cara yang lama. Cara yang baru, gunakan blog korang, lepas tu korang boleh mulakan update entri yang ‘panas’. Macam mana entri yang ‘panas’ tu? Haa. Entri yang lucah, provokasi, hentam sana-sini, kisah artis curang, ayah rogol anak sendiri, itu semua contoh entri ‘panas’ yang memang selalu orang nak baca.

Entri yang ‘panas’ memang terbukti dapat tarik traffik yang banyak memandangkan benda macam ni memng memenuhi kehendak nafsu manusia. Sekarang semakin ramai blogger yang buat blog berdasarkan entri ‘panas’ dan yang paling teruk blog tu adalah asalnya blog personal.

Tapi, elok ke buat macam tu?

Seriously, korang dah membusukkan nama korang sendiri dengan blog kalau buat macam tu. Secara tak sedar traffik yang datang tu semakin hari membuatkan nama korang semakin busuk. Jangan biarkan diri korang dipengaruhi dengan traffik yang tinggi. Ingat, perkongsian kita di dalam blog pun dikira sebagai amalan kita tau.

Ariff Shah – Antara blogger Malaysia yang mempunyai pengaruh dalam dunia blog melalui penulisan dan perkongsiannya yang bernas.

Manusia mati bila-bila masa, tapi apa yang ditulis dalam blog boleh kekal dalam internet sampai kiamat.

Sama-sama kita ubah, tak susah pun nak kekalkan momentum trafik dekat blog ini. Apa kata kalau jangan gunakan benda lucah dalam blog personal korang untuk tarik traffik. Cuba cabar diri sendiri untuk cari traffik sebanyak mungkin tanpa menggunakan isu yang tak elok untuk ditulis dalam blog korang.

Ariff Shah, Bro Framestone, Zack Zukhairi, Yuyu Zulaikha, Nisa Kay, ni antara nama-nama yang korang boleh jadikan mentor dalam kategori blog personal. Ada ke diorang main dengan entri lucah untuk cari pembaca?

Bila dah ada style sendiri, pembaca pun mula datang. Dan pembaca tu datang yang nak membaca blog korang, bukannya yang mencari isi tak elok dalam blog. Ingat lagi sekali, manusia tak akan hidup kekal, tapi apa yang ditulis dalam internet mungkin kekal sehingga kiamat. Dan sepanjang itulah dosa kita akan terkumpul dan terus bertambah disebabkan apa yang ditulis. Jangan cemarkan dunia blog negara kita.

Jangan ingat peringatan ini untuk blogger je, yang guna Facebook dengan Twitter tu pun sama.

Penulis JemputanUmar Faruq

Bicara Bro : Bro tertarik dengan perkongsian beliau di blog.

Bakal menjadi blogger yang berpengaruh di Malaysia jika momentum sebegini diteruskan. Suka menulis mengikut hati tetapi selalunya akan membentuk entri yang berunsur nasihat. Juga menulis tentang isu semasa antaranya tentang isu PTPTN yang mendapat perhatian banyak pihak.

Terima kasih kepada mereka yang VOTE Umar Faruq di DiGi WWWOW Award.

52 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 19] Jangan Busukkan Nama Sendiri Dengan Blog Anda

  1. alahai bro apa sal nak buat camtu kan..tak elok..biar kita ada identiti sendiri..handsomenya Ariff Shah tu ek

  2. panas panas…
    masing masing ada cara tersendiri..
    masing masing boleh cakap “this is my blog, not yours”.
    mungkin juga kan..
    always be positive..
    insyaAllah hidup senang

  3. Tu lah, tatau mana kepuasannya bila traffic datang dari pencarian bahan2 yang agak kurang bermoral. Takpe lah kan setiap detik mereka pasti akan memperbaiki cara mereka, itu pun jika mereka peka dengan apa yang mereka baca dari blog2 berpengaruh macam https://www.broframestone.com <—-kenal tak ini blog? ^___^

    1. masa mula2 su aktiv blogging memang cari traffik..
      bila dah lama feeeeel blogging tu rasa semacam pulak….
      bukan nak menafikan traffik tu…
      tapi ntahlah…..
      kepuasan blogging nie ada pada masing masing
      cara dan bagaimana ia menfaatkannya

  4. kebanyakkan blogger sekarang dah show off nama sebenar, butir peribadi dan sebagainya. Dalam sibuk sibuk diorang post pasal gossip artis, politik, buruk baik orang, dia pun ter post pasal diri dia…itu bahayanya bila dedahkan maklumat peribadi di blog..blog was not a diary but a social networking to get more friends on internet…internet was just fantasy and not real…banyak propaganda dan fitnah yang boleh disiarkan di internet…everyone can speak and typo errorr…kahkah…btw nice post…datang dari blog yastro…cool brotha

  5. bagi su……
    sronok dapat kongsi apa yg tersurat dihati pada pembaca….
    mungkin sumanje akan serius dalam blogging untuk menjadi seperti bro…

    harap broframestone dapat membantu su

Leave a Reply to sha myheart Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *