March 29, 2024

Haram Hukumnya Jika Tidak Membayar Pinjaman PTPTN

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata,

Para peminjam yang tidak membayar pinjaman termasuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah haram hukumnya.

Beliau berkata demikian kerana,

Mengikut Islam, hukum bagi orang yang meminjam sama ada sesama sendiri, bank atau mana-mana institusi adalah wajib membayarnya.

Ini apa yang bro petik dari akhbar hari ini.

Ada benarnya kata mufti tersebut.

Sebab ianya terdapat dalam syarat pinjaman yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum penjanjian ditandatangani.

Tetapi…..

Selepas duit diterima, dari segi pembayaran balik tidak ditunaikan. Bagaimana ilmu yang diperolehi dengan menggunakan duit pinjaman tadi nak berkat.

Anda fikirlah sendiri ek.

Bicara Bro : Ramai yang cakap PTPTN ini macam Along.

Tapi ramai juga yang cakap, kerana beberapa golongan yang tak bayar pinjaman PTPTN (17% sahaja, sumber dari mesyuarat meja bulat terdahulu dengan pihak PTPTN) semua peminjam terasa bahangnya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Haram Hukumnya Jika Tidak Membayar Pinjaman PTPTN

  1. hehe..act ak rasa rmai yg memg dh tahu bungai byrn blk yg dikenakn oleh ptptn, tp knpa masa mula2 nk mohon, tak pikir sumer tu, jnji dpt duit, dh dpt, xnk byr balik, pastu nk demo bgai..hehehe..salah siapa act?:-)

    1. Time pinjam dorang semua xde diploma atau degree…

      Bila dah ade diploma dan degree.. semua dah jadi pandai, dan boleh berfikir beribu alasan tak nak bayar ptptn

  2. da pinjam…pandai2 la bayar kan…takkan masa mula2 minta dulu tak fikir semua ni..tak baca ke perjanjiannya…kalau tak nak bayar..jgn la pinjam…baru tahu…skrg ni nak berdemo la bagai..kacang lupakan kulit betul..hee~

    1. Bukan kes kacang lupakan kulit dah nie…

      Bila perjanjian tidak difahami cam nie la… Cuba PTPTN diswastakan…

      Gamaknya ramai graduan yang muflis pada tahun pertama dialam perkerjaan he..23x

  3. Pinjam kenalah bayar.. nak kata cam along tak juga.. cuma tak boleh gi luar negara je.. saman pun dah bertahun2 baru dia keluar. kalau bank kejap dah masuk CTOS.. pandai2 la pikir..

    den yg duit tak byk ni pun bayar sikit2.. kdg2 terlepas gak.

  4. Memang wajib kena bayar.. Sebab diorang dah pakai semua duit.. last2 x mampu nak bayar.. suka2 hati jer nak suh hapuskan PTPTN.. pelik lah ngan diorang ni semua..

  5. ada juga pensyarah u bercerita, student mampu pakai smart phone yg mahal2 lepas dapat pinjaman ni, kerap tukar pun ada. sendiri kena ingat dgn kemampuan sendiri n keluarga.

Leave a Reply to Ekspresi Ruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *