April 26, 2024

[Fitrah Manusia] Cinta Pandang Pertama

Susah untuk kita nafikan kehadiran cinta yang datang dari pandang pertama.

Ada yang 2-3 kali pandang baru jatuh cinta.

Dan ada yang banyak kali pandang pun xrasa apa-apa.

Cuma hari ini, bro ingin kongsikan sedikit kisah silam bro berkaitan cinta pandang pertama.

Gadis Pertama

Bro kenali semasa kali ke-3 bro tadika. Itupun dipertengahan tahun, kalau tak salah bro.

Time tue, bro memang agak kurang rapat dengan yang lain. Duduk menyediri, tidak bergaul. Suka buat aktiviti secara bersendiri.

Seorang yang panas barang terutama jika barang sendiri ada orang sentuh.

Bro jatuh cinta pada seorang gadis sebaya yang agak tegas dan nampak ciri kepemimpinannya. Agak menonjol dan cantik.

Bro perasan pun semasa pertama kali beliau merampas kawasan bro dengan kekerasan.

Lepas tue yang bro sedar, kami bertemu kembali semasa darjah 3. Baik orangnya.

Now dia dah jadi ustazah dan rapat dengan bro.

Family dia pernah bertanya bro bila bro nak masuk meminang?

Cuma selama 22 tahun penantian ini, dia tidak sesekalipun merasakan hatinya pernah berpaut pada bro.

Gadis ke-2

Dari teguran pertama bertemankan lirikan matanya semasa berada di tingkatan 6.

Gerek beb.

Dan dia membuatkan bro pemenang kepada cabaran yang ditetapkan oleh rakan-rakan lelaki disekolah bro.

Kami semuanya berasal dari sekolah lelaki. Cuma tingkatan 6 baru ada pelajar perempuan.

Cabarannya senang sahaja (cabaran dibuat pada malam sebelum sesi persekolahan bermula).

Kami dilarang menegur mana-mana pelajar perempuan yang ada. Pemenang dikira sekiranya dia menjadi lelaki pertama ditegur oleh pelajar perempuan.

Thank, bro menang dan kisah itu entah ada yang ingat atau tidak.

Dia pernah bertahta dihati bro. Cinta juga telah ditanda oleh kedua-dua belah keluarga. Cuma jodoh tak panjang.

Sedekad lamanya perjalananya.

Gadis ke-3

Blogger.

Manis orangnya tapi muka persis artis popular. Bro suka pada pandangan matanya.

Pertemuan pertama, tengok wayang bersama. Baru bro tahu yang dia single dan akaknya rupanya kenalan bro.

Pernah bro luahkan perasaan bro padanya.

Cuma family dia tak berkenan dengan bro. Kerana familynya dah lama kenal bro bagaimana.

Tetapi beliau pernah cabar bro.

Dia akan terima bro sekiranya…… Dan bro memang tak rela walaupun berat rasa hati ini.

Gadis ke-4

Manis senyumananya. Dia hadir takkala hati bro dikecewai.

Duduk tersenyum minum didepan bro. Duduk semeja, dan pandangan mata bro memang terpaku padanya.

Malangnya dia sudah mempunyai tunang. Tetapi dia la yang menjadi pembakar semangat bro untuk terus maju.

Kami putus segala hubungan sebulan sebelum majlis akadnya.

Baru-baru ini bro terjumpa dengannya. Senyumannya pada bro masih sama.

Gadis ke-5

Cinta pandang pertama bro melalui gambarnya. Tidak pernah berjumpa mahupun sembang difacebook.

Pada kali pertama berjumpa, masing-masing tak bertegur. Dia cuba menyibukan diri. Bro pula….. Masih memerhatikan dia dari jauh. Tengah ada event time tue.

Perbualan tercetus semasa bro tercalit kek pada mukanya.

Pernah sekali tidur dirumahnya. Dia kejut dan masak sahur untuk bro. Family dia pun baik dengan bro.

Cuma, dia tidak sedia nak terima kehadiran bro.

Gadis ke-6

Simple orangnya.

Pertama kali berjumpa sebab dia nak menumpang ke Putrajaya.

Senyuman dan tutur katanya mampu buat hati bro berdebar-debar.

Tak nampak usianya seperti awal 20-an. Nampak matang dan bro jatuh hati dengannya.

Dan dia menjadi pilihan family bro.

Cincin tersarung dijarinya.

Bicara Bro : Bukan niat bro nak aibkan sesiapa didalam entry ini. Cuma ingin berkongsi kisah cinta bro yang hadir melalui cinta pandang pertama.

Percayalah pada pandangan anda. Jika terlebih pandang, risau bukan cinta. Tetapi nafsu :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

47 thoughts on “[Fitrah Manusia] Cinta Pandang Pertama

  1. amboi bro..ingat gambar yang kat atas tu nombor satu..selamat..hahaha..bro 6 kali Jay pulak dah 9 kali tapi semuanya takde jodoh..hurmm..

    1. hahaha..kalau caring bersama yang Jay mampu buat Mendoakan kesehateraan bro dan dia..hahaha:)

    1. hahaha..

      tang yang bro dok tanya nie lah..
      ngeh ngeh ngeh..

      pengakuan seorang lelaki perasaan macho tentang
      kisah hati nya..

      sweet la..

      :)

  2. bro..lamer dah tak bacer kt sini.sibuk siket.tapi kali ni kami rela tak lunch bcer ksiah cinta bro ni.tulisan pendek tpi sampai pada pembaca..apa cabaran gadis no 3 tu kat bro? dia cabar potong janggut tu ker..hehe. nak request full story kisah pandang pertama Gadis KE-6..bolehh hehe

    1. pendek…??

      panjang nie tau. penat tau nak taip entry pakai hp… banyak typo nak kena edit balik :)

      ok la.. atas permintaan ek…

      yang no.3 tue mintak bro lepaskan si no 6 baru dia terima…

      yang no 6 pulak… xde full story lagi.. masih short2 je lagi

  3. Insyallah hubungan yang terakhir itu akan berkekalan hingga akhir nafas dihembus.
    Apapun yang terjadi kehidupan mestilah diteruskan. Life must goies on , never ever give up BRO!

Leave a Reply to Iam Yanty Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *