Susah untuk kita nafikan kehadiran cinta yang datang dari pandang pertama.
Ada yang 2-3 kali pandang baru jatuh cinta.
Dan ada yang banyak kali pandang pun xrasa apa-apa.
Cuma hari ini, bro ingin kongsikan sedikit kisah silam bro berkaitan cinta pandang pertama.
Gadis Pertama
Bro kenali semasa kali ke-3 bro tadika. Itupun dipertengahan tahun, kalau tak salah bro.
Time tue, bro memang agak kurang rapat dengan yang lain. Duduk menyediri, tidak bergaul. Suka buat aktiviti secara bersendiri.
Seorang yang panas barang terutama jika barang sendiri ada orang sentuh.
Bro jatuh cinta pada seorang gadis sebaya yang agak tegas dan nampak ciri kepemimpinannya. Agak menonjol dan cantik.
Bro perasan pun semasa pertama kali beliau merampas kawasan bro dengan kekerasan.
Lepas tue yang bro sedar, kami bertemu kembali semasa darjah 3. Baik orangnya.
Now dia dah jadi ustazah dan rapat dengan bro.
Family dia pernah bertanya bro bila bro nak masuk meminang?
Cuma selama 22 tahun penantian ini, dia tidak sesekalipun merasakan hatinya pernah berpaut pada bro.
Gadis ke-2
Dari teguran pertama bertemankan lirikan matanya semasa berada di tingkatan 6.
Gerek beb.
Dan dia membuatkan bro pemenang kepada cabaran yang ditetapkan oleh rakan-rakan lelaki disekolah bro.
Kami semuanya berasal dari sekolah lelaki. Cuma tingkatan 6 baru ada pelajar perempuan.
Cabarannya senang sahaja (cabaran dibuat pada malam sebelum sesi persekolahan bermula).
Kami dilarang menegur mana-mana pelajar perempuan yang ada. Pemenang dikira sekiranya dia menjadi lelaki pertama ditegur oleh pelajar perempuan.
Thank, bro menang dan kisah itu entah ada yang ingat atau tidak.
Dia pernah bertahta dihati bro. Cinta juga telah ditanda oleh kedua-dua belah keluarga. Cuma jodoh tak panjang.
Sedekad lamanya perjalananya.
Gadis ke-3
Blogger.
Manis orangnya tapi muka persis artis popular. Bro suka pada pandangan matanya.
Pertemuan pertama, tengok wayang bersama. Baru bro tahu yang dia single dan akaknya rupanya kenalan bro.
Pernah bro luahkan perasaan bro padanya.
Cuma family dia tak berkenan dengan bro. Kerana familynya dah lama kenal bro bagaimana.
Tetapi beliau pernah cabar bro.
Dia akan terima bro sekiranya…… Dan bro memang tak rela walaupun berat rasa hati ini.
Gadis ke-4
Manis senyumananya. Dia hadir takkala hati bro dikecewai.
Duduk tersenyum minum didepan bro. Duduk semeja, dan pandangan mata bro memang terpaku padanya.
Malangnya dia sudah mempunyai tunang. Tetapi dia la yang menjadi pembakar semangat bro untuk terus maju.
Kami putus segala hubungan sebulan sebelum majlis akadnya.
Baru-baru ini bro terjumpa dengannya. Senyumannya pada bro masih sama.
Gadis ke-5
Cinta pandang pertama bro melalui gambarnya. Tidak pernah berjumpa mahupun sembang difacebook.
Pada kali pertama berjumpa, masing-masing tak bertegur. Dia cuba menyibukan diri. Bro pula….. Masih memerhatikan dia dari jauh. Tengah ada event time tue.
Perbualan tercetus semasa bro tercalit kek pada mukanya.
Pernah sekali tidur dirumahnya. Dia kejut dan masak sahur untuk bro. Family dia pun baik dengan bro.
Cuma, dia tidak sedia nak terima kehadiran bro.
Gadis ke-6
Simple orangnya.
Pertama kali berjumpa sebab dia nak menumpang ke Putrajaya.
Senyuman dan tutur katanya mampu buat hati bro berdebar-debar.
Tak nampak usianya seperti awal 20-an. Nampak matang dan bro jatuh hati dengannya.
Dan dia menjadi pilihan family bro.
Cincin tersarung dijarinya.
Bicara Bro : Bukan niat bro nak aibkan sesiapa didalam entry ini. Cuma ingin berkongsi kisah cinta bro yang hadir melalui cinta pandang pertama.
Percayalah pada pandangan anda. Jika terlebih pandang, risau bukan cinta. Tetapi nafsu :)
apapun yang berlaku, percaya pada qada’ dan qadar…. semoga berjaya bro :)
Thank Onie… Bro terima semua ini dengan hati yang terbuka
most welcome :)
Alhamdulillah kerana sudah ada yang bertahta. Reena doakan abg dan dia sentiasa berbahagia dan dimudahkan segala urusan. :)
Thank Reena…
Hope Reena boleh terima semua ini (ayat tacing wah wah) Rindu masakan Reena
wow..seawal tadika da jatuh cinta? hehehe.. rasanya saya kenal gadis ke 5 tu.. heh heh
Eh… macam mana boleh kenal gadis ke-5 tue ek :)
Cinta Monyet kan :)
hehehe..tahu siapakah orang yang terakhir itu…
tahniah bro
Wah…!! Macam mana boleh tahu nie ek…??
Kantoi sudah he..23x
Kalau ready nk bg tau sapa yang terakhir tu nanti buat sidang media tau :D
Ops…!!!
Rasanya tak kot.. Kecuali ada kepentingan pada pihak sponsor cam Awal & Scha
Perrrggghhhhhhh… lu ni dah kira ROMEO tahap gaban dah ni.. hak hak hak
Ini cinta pandang pertama la.. yang xpandang pun banyak gak he..23x
Tak pasal2 nurul tersenarai pulak nanti
kenapa nama nurul tetiba ade kat sini.. hehehe
wahhh…sweetnya..
betul tu bro..takut jadi nafsu plak pandangan tu.huhu
Yang mana satu yang sweet tue ek
“…entah ada yang ingay…”
ingay? hehehehe :P
rajin ek mu cari typo.. bukan senang nak taip entry panjang cam nie guna hp
owwwhhh akhirnya dh tau kisah sebenar dh…ehehehe.
kisah yang mane satu ek…??
cerita yg no6 tu laa bro…
Kenapa dengan yang no 6.. apa yang kamu tahu ek?
Macam dh dapat klu je yg gadis yang last tu…hehe
Eh macam mana boleh tahu nie ek…??
penuh berliku kisah cinta bro..smoga bahagia dgn pilihan hati ;)
tak berliku pun.. semuanya mendatar je…
harap macam tue la kan
Amennn.. semoga semuanya baik2 dan dipanjangkan jodohnya..
harap macam tue la kan….
Walaupun terasa juga la ranjaunya
jodoh di tangan Tuhan..
semoga bro bahagia buat gadis ke 6
Ke nak bro cari yang ke-7?
amboi bro..ingat gambar yang kat atas tu nombor satu..selamat..hahaha..bro 6 kali Jay pulak dah 9 kali tapi semuanya takde jodoh..hurmm..
6 kali cinta pandang pertama.. cinta banyak kali pandang tue.. lagi banyak kot..
yang pic tue.. jatuh cinta bila masing2 sama2 caring bersama :)
hahaha..kalau caring bersama yang Jay mampu buat Mendoakan kesehateraan bro dan dia..hahaha:)
sweet..
hihi..
:)
Tang mane yang sweet tue hidayah?
hahaha..
tang yang bro dok tanya nie lah..
ngeh ngeh ngeh..
pengakuan seorang lelaki perasaan macho tentang
kisah hati nya..
sweet la..
:)
bro..lamer dah tak bacer kt sini.sibuk siket.tapi kali ni kami rela tak lunch bcer ksiah cinta bro ni.tulisan pendek tpi sampai pada pembaca..apa cabaran gadis no 3 tu kat bro? dia cabar potong janggut tu ker..hehe. nak request full story kisah pandang pertama Gadis KE-6..bolehh hehe
pendek…??
panjang nie tau. penat tau nak taip entry pakai hp… banyak typo nak kena edit balik :)
ok la.. atas permintaan ek…
yang no.3 tue mintak bro lepaskan si no 6 baru dia terima…
yang no 6 pulak… xde full story lagi.. masih short2 je lagi
Wah sejak tadika lagi dah pandai cintan cintun..
Amboi nurul.. xboleh ek..??
Nanti jumpalah jodoh yang sesuai untuk bro.
Moga2 sampai yang keenam je bro.. Biar kekal sampai ke akhir hayat..
Kalau sampai 4 pun ok je
Insyallah hubungan yang terakhir itu akan berkekalan hingga akhir nafas dihembus.
Apapun yang terjadi kehidupan mestilah diteruskan. Life must goies on , never ever give up BRO!
apa itu cinta????
jagalah mereka yg hadir dlm hidup kita sebaiknya walau untuk seketika… :)
Deq Noor x sudi hadir dalam hidup bro ke?