April 26, 2024

Cermin Kereta Pecah Angkara Pemotong Rumput

Ini lebih kurang kes baling batu, sembunyi tangan.

Tetapi sekali tengok, dah tahu siapa yang perlu dipersalahkan.

Cermin kereta pecah angkara batu yang terpelanting semasa rumput dipotong di sekitar kawasan berdekatan.

Buktinya?

Memang pagi tadi ada aktiviti memotong rumput di kawasan kejadian. Rumput pun dah pendek dipotong.

Kalau tak mengaku juga kesalahan, memang nak kena la kan.

Kita tunggu apa tindakan dari empunya kereta.

Bicara Bro : Ini bukan kereta bro, cuma kereta kenalan bro.

Dia parking kereta di depan rumahnya. Letak depan rumah pun tak selamat kan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Cermin Kereta Pecah Angkara Pemotong Rumput

  1. mmg kes naya btol ni.
    kt perlis ni dah makin byk divider tgh yg dibagi kontrak kt belati wangsa milik sammy vellu utk potong rumput.
    mslhnya mmg kena berhati2 bila lintas kt diorang yg tgh mesin ni. kdg2 mata potong tu diorang hulur sampai masuk ke jln bsr.

  2. Isk, si pemotong rumput perlu didekati, utk dpatkan kepastian.

    Bro, tak nak gunakan huruf besar untuk ‘B’ dalam kata ganti nama Bro tu ke? :)

    1. he..23x dah macam ayat wartawan melodi je nie…

      Kadangkala guna..kenkadang xsempat nak guna.. itu yang jadi kes cam tue… nak edit..?? malas he..23x

  3. sape punya kerja la ni…kalau betul la angkara pemotong rumput..sepatutnya minta maaf la dgn tuan punya kereta ni…tak pasal2 je…tapi kalau kerja org yg tak bertanggungjawab yg sengaja baling batu ke objek apa2 ke..mmg sengaja mengundang kemarahan org lain…

  4. Boleh buat tuntutan dengan kontraktor yang menjalankan kerja memotong rumput.

    Kesian kepada pemilik kereta cermin pecah kena batu kalau lihat badan kereta ada kesan sopekan warna.

    1. Rasanya perlu pemantauan dari penyelia juga.. sebab kejadian sebegini tetap boleh berlaku…

      Jika ade penyelia, mungkin kejadian tukang potong rumput larik, dapat dikurangkan

    2. btol.. skrg ni da wat salah terus larik..
      haihh..
      hope tuan empunye kete cool saje..
      tp kalo tyka da ngamok da.. hehehehe

  5. buktinya cer check kat dalam kereta tu ada batu/pasir ke tak.Kalau ada itulah buktinya.Tapi jangan plak bukak pintu yg pecah tu,guna pintu blakang atau pintu sebelah

  6. Mesti ade batu time dierorg tgh potong tu terpelanting.. Tapi dierorg tu pun teruk la , tak fikir sebelum buat kerja sbb de byk kereta parking sekitar tu ker?

Leave a Reply to sutera Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *