April 25, 2024

Tanah Kubur : Akibat Sayangkan Harta Duniawi

Tanah kubur minggu ini,

Mengetengahkan kisah seorang yang hidupnya hanya mengumpul harta duniawi, dan tidak sedikit pun mengeluarkannya ke jalan Allah swt.

Terlalu sayangkan hartanya sehinggakan datangnya sikap bakhil dalam dirinya.

Sepanjang mendirikan rumah tangga,

Beliau tidak teringin memiliki anak, kerana takut nanti anaknya akan merebut hartanya. Dalam masa yang sama dia takut isterinya akan merampas hartanya.

Akibat sayangkan harta, isterinya dihalau keluar dan beliau jauhkan diri dengan masyarakat.

Akhirnya,

Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung, tanpa ada sesiapa menolong disisinya.

Semasa beliau meninggal dunia, kain kapan tak mencukupi untuk membaluti jenazahnya.

Sehinggakan tanah kuburnya mendap mendadak.

Banyak iktibar dan pengajaran yang disampaikan untuk kali ini.

Bicara Bro : Tak salah nak sedekahkan sedikit harta ke jalanNya.

Memang rakyat Malaysia ini pemurah, cuma kemurahan hati kita disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

12 thoughts on “Tanah Kubur : Akibat Sayangkan Harta Duniawi

  1. inilah hakikat manusia zaman skrg ni..terlalu mengejar harta dunia tapi meninggalkan amalan akhirat..andai harta terlalu bnyak,ringan2kanlah tangan utk membantu org2 miskin,anak2 yatim,orang2 tua,ibu2 tunggal..sekali kita menghulurkan bantuan belipat kali ganda Allah swt memberi nikmat pada kita..insyaallah

Leave a Reply to JMR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *