April 25, 2024

Motivasi Pagi : Cara Paling Berkesan Nak Melupakan Kekasih Lama

Mungkin sesetengah daripada pembaca blog ini pernah putus dengan kekasih lama.

Ada yang mampu lupakan dan ada yang tidak mampu nak melupakan kekasih lama mereka. Begitu banyak kenangan berlegar-legar di minda. Membuatkan jiwa jadi tidak tenang dan hati tertanya-tanya.

Walaupun kita sudah mempunyai teman baru, belum terjamin yang kita akan mudah melupai mereka. Lagi-lagi jika mereka pernah memberi impak besar dalam hidup anda.

Untuk motivasi pagi ini, bro ingin kongsikan satu tip merapu buat anda. Tetapi memang berkesan.

Cara yang paling berkesan untuk melupakan kekasih lama…

Jumpa kekasih lama dan ambil beliau menjadi kekasih semula. Sure status beliau akan berubah dari “kekasih lama” kepada “kekasih baru” atau “kekasih renewal”.

Sekiranya si dia sudah tiada, jangan sesekali nak jadikan mereka “kekasih reborn”. Kurafat namanya…

Mereka pergi dulu kerana Tuhan lebih menyayanginya… Al-Fatihah buat arwah.

Dan sekiranya mereka telah menjadi milik orang lain (sudah dinikahi atau bernikah), terima kenyataan seadanya. Jodoh pertemuan di tanganNya.

Bicara Bro : Bro sendiri akui, yang bro tak mampu nak melupakan si dia.

Life kena teruskan. Mungkin dia bukan tulang rusuk yang bro cari selama ini. Eh…!! bro

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

40 thoughts on “Motivasi Pagi : Cara Paling Berkesan Nak Melupakan Kekasih Lama

  1. adoilaaaaa.tu bukan nak melupakan bro.buat tekanan jiwa lagi ada la..hahhahaa.time to change.opportunity for new person..cewwahhh.haha

    1. haha oooo baru ku paham…kalau nk lupakan yg lama, cari baru, kalau nk lupakan yg baru , cari yg lama…..huhuhu~

  2. ajal maut jodoh semua di tangan allah swt..kita hanya merancang,allah yang menentukan…setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..mungkin Allah swt dah sediakan yang lebih terbaik buat kita..insyaallah..Percaya pada Qada dan Qadar allah swt.pasti hidup akan sentiasa di penuhi cahaya keimanan..:)

    1. betul tu bro…Sebab tu bila nak berkahwin perkara yang paling di utamakan ialah AGAMANYA..:)

    1. bro rasa bro dah nyanyuk…

      sebab dok terbayangkan deq noor…. dan baru teringat.. xde satu pic bro dengan deq noor di upload masuk blog atau fb lagi

  3. setiap detik kenangan bersama dia akan tetap terpahat kukuh di lubuk hati.biar ada pengganti,x akan sama.masa lalu menjadi kenangan,apa yg terjadi hr ini,adalah bayang2 masa depan.melupakan mungkin tidak,tpcukup ianya menjadi hiasan sekeping hati ini,tanda dia pernah wujud suatu ketika dulu.

  4. salam bro… super lama tak singgah sini… T_T
    nak lupakan yang lama cari yang baru, nak lupakan yang baru, cari yang lagi baru…. tengah mencari yang laaaaaaaagi baru ni…kekekeke

Leave a Reply to zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *