April 18, 2024

Kasihan Kepada Keluarga Isteri Kepada Artis Yang Merogol Anak Tirinya Sejak Berumur 7 Tahun

Bro baru sahaja selesai menonton Melodi,

Rasa macam kasihan pula dengar temubual wartawan Melodi dengan isteri kepada artis lelaki yang merogol anak tirinya sejak dia berumur 7 tahun.

Akibat tidak tahan jadi pemuas nafsu bapa tirinya dan diugut akan buat perkara yang sama kepada adik perempuannya yang lain, mangsa terus membuat laporan polis.

Akibat laporan tersebut,

Polis telah menahan bapa tirinya tersebut.

Pihak polis sampai sekarang masih belum mendedahkan identiti suspek. Disebabkan identiti tidak didedahkan, terjadinya kes Wan Shades Saman Rotikaya.com

Dari pemeriksaan perubatan, terdapat koyakan lama dan koyakan baru pada mangsa.

Akibat perbuatan mangsa membuat report kepada pihak polis, keluarganya dihalau keluar dari rumah yang mereka duduki sekarang.

Ibu mangsa pula tertekan akibat tomohan dari beberapa pihak yang mengatakan beliau tidak pandai menjaga suami dan anaknya.

Bicara Bro : Isu masyarakat. Bukan berlaku pada artis je. Orang biasa pun mungkin hadapi masalah yang sama.

Jika nak mencari bapa kepada anak kita, pastikan mereka yang terbaik dan mampu menjadi pelindung kepada mereka. Walaupun sekadar bapa tiri.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

19 thoughts on “Kasihan Kepada Keluarga Isteri Kepada Artis Yang Merogol Anak Tirinya Sejak Berumur 7 Tahun

  1. Beginilah kalau hidup berlandaskan nafsu..Tanggungjawab entah kemana iman entah kemana..Sedih dgr berita2 mcm ni..huhu

Leave a Reply to fasz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *