April 25, 2024

Majlis Perasmian Edata Network Oleh Datuk Seri Noh Omar

Petang tadi bro berkesempatan menghadiri majlis perasmian Edata Network Sdn Bhd yang berlangsung di Wisma Edata, Kota Damansara.

Bro dijemput sebagai media untuk majlis ini oleh pihak Edata Network, Tn. Haji Imran Hadi – Pengerusi Akademi Edata melalui Cik Suhaila Mohd Yassin.

Beliau merupakan Pengarah Program bagi majlis ini.

Mesti anda tertanya-tanya, apakah itu Edata Network?

Edata Network merupakan salah satu syarikat yang mempromosikan sistem pembelajaran Score A. Di asaskan oleh Tn. Haji Imran Hadi dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia.

Majlis ini di hadiri oleh YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Walau dikelilingi dengan jadual tugas yang padat, YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar meluangkan masa untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar2 cemerlang di Edata Network Sdn Bhd kerana beliau cintakan pendidikan.

Beliau sebelum ini merupakan seorang Guru di Carey Island selama 3 tahun,sebuah tempat yg sgt mencabar yg mana tidak ramai guru mahu mengajar di situ.

Turut serta, Penasihat Kenshido International Sdn Bhd, YM Raja Ismail bin Dato Raja Mohamed dan Jason Kok, CEO Kenshido International Sdn Bhd.

Majlis ini dirasmikan dengan penandatangani plak perasmian Edata Network Sdn Bhd oleh Datuk Seri Noh bin Haji Omar, En. Jason Kok, YM Raja Ismail bin Dato Raja Mohamed dan MCC Tn. Hj. Imran Hadi.

Tujuan majlis ini bukan semata-mata untuk merasmikan Edata Network. Dalam masa yang sama menghargai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR dan juga PMR tahun lepas yang berlajar melalui sistem pembelajaran Score A di bawah Edata Network.

YB Datuk Seri turut berbangga dengan Edata Network Sdn Bhd, sebuah badan swasta yang bersama-sama menyokong Government Transformation Program (GTP) terutama sekali di dalam membentuk modal insan, menjadikan Malaysia negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi.

YB Datuk Seri turut berbangga apabila mengetahui bahawa anak-anak muda di sini menyumbang masa dan tenaga dengan seikhlas hati, semata-mata untuk berbakti kepada masyarakat.

Justeru itu, YB Datuk Seri berbesar hati untuk merasmikan Edata Netwrok Sdn Bhd

Gambar Pengasas Edata Network Sdn Bhd. bertukar cenderahati dengan CEO Kenshido International Sdn Bhd. sambil diperhatikan oleh YB Datuk Seri Noh Omar.

Majlis ini juga menyelitkan pengalaman dari mereka yang menyertai Score A melalui Edata Network.

Keluarga dari Pulau Pinang ini menyertai Score A beberapa tahun sebelum ini. Dimana kedua-dua anaknya berjaya dalam UPSR dan PMR tahun lepas.

Beliau sanggup mengeluarkan duit menyertai Score A bila mendapati ianya memberi manfaat kepada anak-anaknya dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos yang ditanggungnya untuk menghantar anaknya ke pusat tuisyen dan kelas tambahan.

Dugaan menimpa keluarganya apabila didapati isterinya mengidapi kanser dan menyukarkan beliau untuk bergerak.

Dan score A banyak mengurangkan beban yang dihadapinya.

Sebelum majlis ini berakhir, sesi fotografi diadakan,

Gambar bersama VIP dan orang kuat Edata Network Sdn Bhd

Gambar bersama pelajar yang berjaya dalam UPSR dan PMR tahun 2011.

Gambar bersama urusetia yang menguruskan majlis ini. Dan kebanyakan merupakan sukarelawan yang sudi menyumbangkan tenaga dalam menjayakan majlis perlancaran ini.

Sebelum balik,

Bro sempat snap sekeping dua baju yang di pakai oleh Datuk Seri Noh Omar yang tertera Edata Network.

Bicara Bro : Maaf jika tiada satu pun pic bro. Bro memang memerlukan pembantu peribadi aka PA untuk memudahkan bro berkerja setiap kali menghadiri sebarang majlis.

Sebarang persoalan mengenai Score A, jangan tujukan kepada bro. Bro bukan salah seorang yang menyertai Score A.

Jika berminat, bro akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Majlis Perasmian Edata Network Oleh Datuk Seri Noh Omar

    1. Alhamdulillah. Sekarang fukos untuk anak bangsa sahaja. Bagaimana kita untuk tarik minat anak bangsa agar cinta akan ilmu.

      Sama-sama kita usahakan bro walaupun saya tidak terlibat dalam apa yang bro tuliskan ini.

  1. kumpulan yang HEBAT!!!
    KESATUAN HATI KEBERSAMAAN KUMPULAN.
    LAWAN TETAP KAWAN,KAWAN SAMPAI JUTAWAN…. IMAN DAN TAQWA(IT).
    JUTAAN TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA EDATA NETWORK….

  2. Terima kasih kerana hadir memeriahkan program kami di Edata Network. Penghargaan kerana memasukkan acara kami dalam blog Tuan. Ada kesempatan, datanglah lagi, banyak program pendidikan dan keusahawanan kami anjurkan di Edata Network.
    Fitri Shukri
    012-973615 ehem ehem :-)

  3. Edata Network SB telah mengadakan julung2 kalinya Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR & PMR 2011. Tahniah buat semua – Ibu Bapa prihatin, Pelajar Cemerlang & Usahawan Edata yang telah bekerja keras dlm menjayakan visi ‘Memartabatkan Pendidikan & Memperkasakan Ekonomi Ummah’.

Leave a Reply to sukacuka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *