March 29, 2024

Lunch Di Thai Village, U8 Space Shah Alam

Baru-baru ini, bro berjalan-jalan di sekitar area Shah Alam.

Dengar cerita, ada tempat baru buka di sekitar sana. U8 Space namanya. Siap ada panggung wayang lagi.

Ayat pertama yang terkeluar dari mulut bro,

“Wow…!!! Besarnya tempat ini?” Memang besar.

Tujuan bro ke sini, bukan nak usha tempat ini, tetapi nak cari makan. Dah macam rancangan “Jalan-jalan Cari Makan” pula.

Dan lokasi pilihan bro adalah Thai Village yang terletak di tingkat 2, U8 Space ini.

Nama pun Thai Village atau dimelayukan “Perkampungan Thai” sure masakan yang disediakan ala Thai.

Antara menu yang disediakan

Rambang mata juga la nak pilih, nak makan apa.

Ambil masa juga nak bandingkan nama dan harganya. Tang harga tiada masalah, tang nama ada masalah sikit. Bro bukan biasa makan masakan Thai. Takat Tom Yam tahu la.


Juadah yang bro pilih…!!!

Nasi tetap menjadi pilihan termasuk cili potong… Tak ada benda nie, macam tak cukup lengkap menu tengahari bro.


Spicy Sweet Tomato Chicken


Tom Yam Prawn atau bunyi melayunya “Tom Yam Udang”

Masa bro tangkap gambar ini, udang-undang tengah berenang-renang dekat dasar. Sebab itu korang tak nampak, menyesal bro tak timbulkan semasa nak ambil gambar.

Memang licin kuahnya bro kerjakan.

Bro ingatkan set-set yang bro amik ini tanpa nasi.

So bro order nasi extra.


Pineapple Fried Rice

Ada pelanggan yang duduk meja sebelah tengok bro makan dengan penuh nikmat Pineapple Fried Rice ini. Dorang pun order sama.

Makan tue, makan la juga.

Jangan lupa pencuci mulut,


Mereka menyediakan Bubur dan juga kuih muih sebagai pencuci mulut.

Setiap hari, pencuci mulut yang berbeza akan disediakan. Ini sekali dengan set makanan yang bro order tadi.


Gambar terakhir,

Semestinya gambar bro tengah menikmati makanan. Memang kenyanglah makan sini.

Nasi yang diberikan pun cukup banyak dan berbaloi.

Jika masa hujung minggu, try la datang ke U8 Space dan perkena masakan di Thai Village.

Thai Village @ Space Wok, Space U8

1st Floor,
6, Persiaran Pasak Bumi,
Taman Bukit Jelutung,
Seksyen U8, 40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

GPS Coordinate: 3.111757, 101.552102

Selepas makan bro amik masa sejam berjalan-jalan di sekitar U8 Space. Memang besar tempatnya, selesa dan sesuai jika nak bersantai bersama keluarga.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

17 thoughts on “Lunch Di Thai Village, U8 Space Shah Alam

    1. Ada masa nanti cuba la….

      tau pun, ganaz sungguh iconnye.. apa kata daftar ikon sendiri di gravatar.com

      guna email yang sama seperti yang kamu gunakan untuk komen di blog bro…

      dekat gravatar kita boleh set icon sendiri… contohnye..?? tngok cam ikon bro

    1. mu je yang xnak bubuh pic sebenar he..23x nak juga di blurkan…

      kadangkala.. bukan makanan je menyelerakan.. tukang makan pun kenkadang pun menyelerakan juga

Leave a Reply to sukacuka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *