March 29, 2024

Bersama Jutawan Internet : Irfan Khairi

Bro telah menghadiri Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur malam tadi.

Bro datang ke sana sebagai media.

Di sana bro temui salah satu ikon yang bro amat kenali iaitu Irfan Khairi, salah seorang jutawan internet Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan Pakar Perniagaan Internet, Personaliti TV & Radio.

Beliau mengetahui yang bro merupakan freelance consultant dan pernah memberi ceramah di beberapa bengkel.

Insya’lah dia nak offerkan sesuatu untuk projek beliau yang akan datang kepada bro. Diharapkan murah rezeki bro tahun ini.

Bicara bro : Tahun ini, bro akan mengadakan beberapa bengkel. Dan bengkel yang mendapat sambutan ramai adalah mengenai “Blog”

Ada syarikat yang berminat dan sudi menyediakan tempat dan kemudahan untuk bro adakan bengkel.

Untuk bengkel ini, yang pasti bukan bro sorang sahaja akan bagi ceramah. Bro akan jemput beberapa blogger yang lebih arif dengan bidang dan kepakaran mereka dalam dunia blog.

Mungkin yang bro jemput adalah anda, anda atau anda. Cara terbaik, kenalkan diri anda kepada bro, kalau tidak bro sendiri pun tak kenali anda dengan lebih dekat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

50 thoughts on “Bersama Jutawan Internet : Irfan Khairi

    1. insyallah bro…bila tiba masanya nt jay pasti akan buat perubahan segalanya..yang penting mcm bro katakan..landasan yang betul:)

  1. hebat la bro…..sy jdkan bro ni salah sorang idola sy dlm bidang blogger ni. idola sy yg manaikkan smgt sy tuk berblog kawan sy sndiri –> madammondoq.com :)

    1. Madammondoq tue dah terlampau jauh…

      maybe akan jadi salah sornag blogger nuffnang terpilih.. sebab pakej semua ada dah tue…

      bro bukan siapa2 pun.. xpayah jadikan sebagai idola

    2. uik suami? kalau Allah dah tulis , tu kite tkleh nak elak, terima dengan redha. ada ada je bro ni. tkt lak sy nk jd PA

    3. bro rasa cam dah ternyata bro akan kahwin lebih dari 1 kot.. bro terima dengan redha..

      takut nape pulak.. jadi PA je.. ape yang kamu perlu takut adalah
      – takut kena marah
      – takut kena tinggal
      – takut x cukup rehat je

    4. bro garang ke? >_<

      kene tinggal cmne? kene balik sndiri ke?

      tak cukup rehat? glup. tkpela kalau sy free sy leh la tlg bro. sy pon kdg2 balik malam keje sini. bergantung pd keje.

    5. Bro memang garang…

      Kena tinggal tak boleh pergi.. or masa event kena tinggal dekat belakang, sebab jalan slow2

      cam tue la.. bro kenkadang kul 1-2pagi baru balik tau

    6. oooooo..eh jgn la garang2 sgt , takut :( , lagi satu, kalau slalu garang , muka nampak tua nnti.

      eh jgn la main tinggal je.sy jln laaju2 la nnti.

      oooo 1 2 pg….huhu~ smlm

  2. Salam.. saya nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke KLIS tempoh hari.. Saya dan suami Martias Mohd Ali (founder KLIS) berharap dapat bertemu lagi di KLIS pada tahun depan..

    1. w’salam

      terima kasih untuk jemputan KLIS hari itu…

      jika ada sebarang event, boleh saja jemput bro.. ada masa boleh add di facebook, lagi mudah untuk kita berkomunikasi

Leave a Reply to azrijohan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *