March 29, 2024

Jalan Utama Ditutup Sempena Perhimpunan 901

Untuk maklumat semua,

Beberapa jalan di ibu negara dijangka sesak bermula pukul 7 pagi esok (9-1-2012).

Kesesakan itu dijangka berlaku berikutan perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan Mahkamah Tinggi berhubung tuduhan kes liwat Ketua Pembangkang itu terhadap bekas pembantu peribadinya, Muhd Saiful Bukhari Azlan.

Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur. Mereka menyatakan jalan-jalan yang akan terlibat ialah:-

  • Jalan Duta dari kedua-dua arah,
  • Jalan Kuching,
  • Bulatan Segambut,
  • Jalan Khidmat Usaha,
  • Jalan Ibadah,
  • Jalan Dutamas,
  • Jalan Persiaran Dutamas
  • Jalan Hikmat Usaha.

Jalan-jalan berkenaan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya.

Bicara Bro : Dengar cerita beberapa jalan utama di ibu kota akan diadakan road block bermula malam ini.

Pastikan anda tidak melalui jalan-jalan ini jika tidak mahu terlibat dalam kesesakan yang bakal dijangkakan berlaku

 

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Jalan Utama Ditutup Sempena Perhimpunan 901

  1. Panas hatiiii aku. Nak gi kerja susah kerana kegilaan setan-setan liwat ni. Itu kes si Anwar dengan saiful. Yang jadi gila tu buat apa?..susah semua orang..polis pun satu dol..belum warta lagi perhimpunan aman dah kasi dia orang berhimpun buat apa? cheh!

Leave a Reply to sukacuka Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *