March 29, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 16] Pening Kepala Nak Update Blog

Dah lama bro tak menulis untuk segmen “Luahan Hati Seorang Blogger”

Tapi kadangkala, segmen ini perlu juga bro kongsikan atas permintaan sesetengah blogger.

Moga mampu membuka mata sesetengah pihak yang bagai orang gila melayan blognya yang ternyatakan tidak akan ke mana-mana.

Topik kali ini berkenaan,

Isu sesetengah blogger pening kepala memikirkan idea untuk update blog.

Kenapa perlu pening kenapa semata-mata nak update blog (Kalau kerjaya memang full time blogger, tak apa la juga)

Bila ditanya, ini jawapan yang bro terima :-

  1. Blog tak popular, maka perlu tarik ramai orang kenal blog
  2. Tak nak trafik blog jatuh
  3. Nak dapatkan earning tinggi
  4. Supaya blog tidak bersawang

Kadangkala kasihan juga tengok golongan blogger sebegini (bukan nak merendahkan mereka), tetapi nampak nawaitu mereka berblog jauh tersimpang.

Sebab itu banyak blogger copy paste, tapi ramai yang sanjung mereka.

Sehinggakan sesetengah blogger yang cari makan dari blog pun tidak mampu nak cari makan disebabkan ada golongan yang menjatuhkan standard krabiliti blogger itu sendiri.




Di sini bro kongsikan beberapa tip bagi menyelesaikan alasan korang di atas nie

  1. Nak popularkan satu blog tiada jalan singkat. Dan ada banyak jalan. Pilih mana satu jalan anda dan tetapkan nawaitu. Jika tidak, pasti anda tidak merasa keseronokan berblog bila sudah popular nanti dan bro jamin 95% blog itu akan mati macam tue
  2. Ramai juga yang takut trafik jatuh. Senang je, perbagaikan blog post yang mesra SEO di mana ianya akan sentiasa memberi trafik walaupun blog jarang di update. Bukannya mengejar SEO semasa (seo berita panas), sehari je mampu bagi letupan trafik, esok lusa dah xde apa-apa
  3. Ada yang berblog disebabkan earning. Tapi kalau setakat earning sehari dalam 2-3 ringgit. Elok jangan peningkan kepala. Kerja dekat McD pun boleh dapat RM4 sejam.Dalam 2-3 jam pun ok juga dari dok depan laptop 24 jam layan blog
  4. Blog bersawang? Tutup je blog tue. Sure tak bersawang dah.

Bro sendiri pun kadangkala kasihan tengok sesetengah blogger sakit kepala dok fikir nak update blog pasal apa. Kalau dapat entry berbayar (advertorial) tak apa la juga. Sebab pening-pening pun tetap di bayar.

Kemudian, sekali update panjang berjela. Ping sana sini, cuma dapat beberapa trafik + komen sahaja.

Paling tragis bila ada orang lain copy paste buat cam harta sendiri. Bukan nak kreditkan balik pada blogger yang bersusah payah memerah otak.

Bicara Bro : Berblog ikut keselesaan masing-masing. Aktiviti berblog bukan ada office hour pun di mana setiap hari kena update ikut waktu yang di tetapkan.

Lain la macam sesetengah blogger yang sememangnya update blog time office hour he..23x #okfine #sentap

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 16] Pening Kepala Nak Update Blog

  1. betul kata bro tu.. kalau kita copy hasil orang tu memang patut kreditkan.. bagi entry seo, x slh rasanya kita copy berita sebab ianya untuk tatapan umum kan? am i correct? betulkan adam jika salah..

    1. Yup itu betul.. sebab itu la etika sebenar.. xkisah la secara media atau cetak.. kredit perlu diberi.

      Untuk entry SEO… xsalah nak buat entry berita… tapi if buat entry 100% copy paste berita semata-mata nak kejar trafik dan jana income..

      kena fikir halal haramnya.

      sebab artikel itu hak orang lain.. dorang dibayar untuk menulis. dan ianya ada hak cipta kepada tukang bayar.. kita pulak copy paste bulat.

      so fikirkan la halal haram juga :)

    2. erm..macam mana pula blogger yang tops, blogger2 berita lain, then traffik diorang beribu sehari dan income tinggi, diorang rujuk web berita terkenal, adakah hala cara tu?

    3. sebab tue bro tekankan halal haramnya..

      tak payah fikir orang lain. halal haram tetap masuk poket mereka. Kenapa nak jadi seperti mereka.

      Sedangkan berkongsi link download untuk jana trafik tinggi pun dah boleh dianggap haram, sebab menyebarkan sesuatu hak cipta tanpa kebenaran

    4. erm.. misalnya la kan, kita copy & paste, then kita kreditkan siap yang punya artikel or berita, jika ada rezeki, hasil yang kita dapat tu dikira halal or tak?

    5. jika niat untuk berkongsi tak apa juga…

      tapi niat berkongsi dengan tajuk-tajuk panas bagaimana pula?

      situ pun dah nampak halal haramnya..

      beza x jika tajuk yang digunakan seperti ini
      – Anak gadis terpaksa layan nafsu bapa kangdung
      – Kes haruan makan anak
      – Bapa rogol anak kandung

      nampak x bezanya… maksud sama.. tapi antara 3 tajuk ini. yang mana satu akan ramai orang baca.

    6. maksud bro, tajuk juga tak boleh ubah sesuka hati? atau tajuk juga perlu sesuai dengan entry yang kita post asalkan tidak lari dari cerita yg cuba disampaikan?

    7. erm..ada lagi soalan.. misalnya la kan.. kita memang nak post berita tu, tetapi kita tulis dalam penulisan kita sendiri, boleh ke?

      contoh nya : kita baca artikel berita itu, kita pahamkan apa yang berlaku dan ambil fakta, then kita tulis dalam entry dengan ayat kita sendiri..

      boleh ke mcm tu? itu dikira artikel kita sendiri la kan? cuma maklumat sahaj yang kita ambil. kan?

  2. huhu klu kes sy pulak, sy pening klu x dpt bca blog kwn2 blogger.. dah dkt seminggu berjauhan dgn dunia blog sbb sy fokus pada study dlu buat masa ni…
    insyaAllah akan kembali mengegar dunia blog dengan entry berguna untuk semua :D

  3. Kena ambik masa pasal update ni,kalau masih pening juga kena stanby panadol,mungkin ada komitmen lain tu,maklumlah kena utamakan mana yang penting dulu

  4. betul tu. yg penting berblogging kerana minat. kalo x minat ape pun x jadi.

    xde idea tulis entry? jadikan buku sebagai kawan baik. byk info2 dr buku tu ley kongsi kat rakan2 yg lain. bkn sume yg suke bace pasal peribadi lagi2 dok citer pasal bf n gf.

Leave a Reply to wazy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *