April 25, 2024

Bujang Terlajak, Belum Terlanjur

Last week bro mendapat call dari orang kuat Prof. Madya A.Razak Mohaideen.

Eh, kenapa pula mereka call. Selalunya melalui email sahaja.

Rupa-rupanya mereka nak sahkan kehadiran bro ke majlis pra-tonton filem terbaru mereka iaitu Filem Bujang Terlajak, Belum Terlanjur.

Dan mereka memberitahu bahawa, tayangan ini adalah private screening. Tak semua blogger di jemput, dan blogger terpilih sahaja di pilih.

Tayangan di buat di Gold Class, Mid Valley.

Boleh dikatakan dalam 15-20 blogger & media sahaja yang hadir. Nanti bro kongsikan pasal cerita ini.

Untuk hari ini, cukup sekadar mempromosikan dan berkongsi serba sedikit maklumat mengenai filem ini yang bakal ditayangkan pertengahan Januari tahun depan.

Sipnosis Bujang Terlajak

Bujang Telajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan. Mereka telah jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).

Mereka tertarik bila pertama kali melihat Puteri semasa sama-sama berlakon dalam satu pengambaran iklan. Dimana Puteri pula adalah model untuk iklan itu.

Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.

Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).

Mereka diberitahu bahawa Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya.

Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.

Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Telajak yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2012 nanti.

Malangnya, bro dah tahu siapa yang akan dapat Puteri he..23x

Senarai Pelakon “Bujang Terlajak”

  • Saiful Apek sebagai Saiful
  • Nabil Raja Lawak sebagai Nabil
  • Johan Raja Lawak sebagai Johan
  • Nur Fazura sebagai Puteri (Heroin)
  • Mustapha Kamal sebagai Hashim (Bapa Puteri)
  • Susan Manen sebagai Hashima
  • Shaheed Salim sebagai Jibab

Jom layan trailer Filem Bujang Terlajak.

Jangan lupa ikuti perkembangan Filem ini di facebook :)

Bicara Bro : Kalau la bro dapat miliki hati Fazura kan.

Baik bro amik hati si Prof. Madya A.Razak Mohaideen, mana tahu dia nak amik bro berlakon. Dapat gak digandingkan dengan Fazura.

Confirm korang jeles

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Bujang Terlajak, Belum Terlanjur

  1. bro kalau nk menapak dlm arena lakonan mmg boleh punya. cuma kalau masuk melalui Razak Mohedin ni mcm xbest sket kot. muka bro ni lebih sesuai utk filem2 serius sedih arahan Khabir Bhatia. hehe

    1. He..23x tahnk untuk cadangan mu.. akan dipertimbangkan…

      Tapi nak try market Rosyam Nor, die awal-awal dah reject bro… sebab bro dah tua bagi dia la kan

Leave a Reply to amirnawawi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *