March 29, 2024

Masterchef Malaysia : Bila Chef Setaraf Dengan Artis, Ada Saja Berita Panas

Kredibiliti juri program televisyen Masterchef Malaysia, Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz tergugat.

Ini berlaku apabila pihak pengurusan sebuah restoran terkemuka di Amerika Syarikat menafikan yang dia pernah berkerja dengan mereka.

Beliau juga merupakan anak kepada chef selebriti, Chef Wan.

Penafian itu dibuat selepas profil kelayakan Chef Riz yang disiarkan dalam laman web Astro Ria mendakwa beliau pernah bekerja di dua restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai ‘Chef de Cruisine’ di Babboo dan ‘Sous Chef’ di Le Bernardin.

Astro dalam satu kenyataan semalam mengesahkan wujud kesilapan fakta dalam profil Chef Riz tersebut dan ia telah dikeluarkan dari laman web itu.

Chef Riz juga telah memohon maaf kepada penonton program Masterchef Malaysia di atas kesilapan memperincikan butiran profil kelayakannya secara berlebihan dan pihak Astro Ria telah menerima penjelasan tersebut.

Restoran Babboo yang terletak di New York milik chef terkenal, Mario Batali.

Pengarah Komunikasi Batali, Pamela Lewy, dalam respons e-mel kepada sebuah portal berita semalam menjelaskan Chef Riz tidak pernah bekerja dengan mereka.

Pengurusan Le Bernardin pula setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Portal berita tersebut melaporkan Chef Riz ketika dihubungi semalam terkejut dengan penjelasan pengurusan restoran Batali itu dan akan merujuk perkara tersebut dengan mereka.

Bicara Bro : Dulu bro masa kecik ada juga pasang niat nak jadi Chef.

Tetapi bro tak suka memasak ikut tekak orang lain. Bro suka memasak ikut tekak bro je. So bro saja yang layak komen masakan bro.

Belum pernah lagi orang komplen bila merasai masakan bro. Habis licin ada la.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Masterchef Malaysia : Bila Chef Setaraf Dengan Artis, Ada Saja Berita Panas

Leave a Reply to afeb_pilah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *