April 25, 2024

Misi Mencari Blogger Ibu & Blogger Travel

Assalamulaikum wbt

Terima kasih kepada korang yang sudi membaca blog misi bro kali ini.

Bro tengah dalam misi mencari blogger ibu dan blogger yang memang suka menulis pasal travel di blognya.

Bak kata Abg Denai Hati – Hidup Untuk Memberi.

Yup…!!!

Bro selalu je memberi perluang kepada rakan-rakan blogger yang sudi meluangkan masa membaca status bro di facebook Bro Framestone dan twitter BroFramestone.

Walaupun kebanyakan status bro agak merapu.

Dalam masa yang sama diselit juga iklan bagi mereka yang betul-betul alert dengan bro.

Ye la… Bro nie sape la kan untuk korang alert.

Lain la bro nie Ben Ashaari ke, Yuyu Zulaikha ke, Steve Jobs ke

Ada la juga beberapa blogger berjaya membuat duit dalam beberapa ratus seminggu dari kempen yang bro promote.

Ada juga blogger yang dapat ikut bro pergi ke mana-mana event. Free je, korang cakap nak ikut, bro terus reserve tempat korang.

Ada juga blogger yang berperluang mengembangkan network dengan blogger antarabangsa.

Dan ada juga blogger yang mendapat advertorial – sponsor post di blog mereka.

Bagaimana pula dengan anda?

Orang kata, kalau malu nak menegur bro, bukan takat sesat jalan. Apa-apa pun bro tak boleh nak berikan kepada korang.




Di sini bro ada 3 benda nak sharekan dengan korang:-

Buat duit dengan twitter

Syaratnya :-

  1. Ada twitter
  2. Follower biar lebih dari 100 orang (baru masyuk)

20 sen – 40 sen 1 klik

RM10 – RM 50  untuk 1 kempen

Pencarian Blogger Travel

Syaratnya :-

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ada blog personal dan trafik dalam 500 sehari (minimum)
  3. Blog travel
  4. Pernah melancong keluar negara dan blog mengenainya (minimum : pernah melancong naik kapal terbang)
  5. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan di blog

Pencarian Blogger Ibu

Syaratnya :-

  1. Seorang ibu kepada anak-anaknya
  2. Blog personal dengan jumlah trafik harian 200 ke atas (Minimum)
  3. Tinggal di KL atau Klang Valley (luar kawasan trafik sehari – 500)
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan di blog

Jika anda berminat,

Boleh roger bro di facebook & twitter.

Atau tinggalkan pesanan anda di ruangan komen ini.

Bicara Bro : Bro plan nak buat bengkel untuk blogger di KLCC (Bro tengah usahakan) & mungkin ada bengkel kecil-kecilan jika anda nak invite bro. Yang penting ada lokasinya.

Jika anda tidak mahu status glittery anda terganggu. Itu bermakna anda memang terikat dengan syarikat pengiklanan blog.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

25 thoughts on “Misi Mencari Blogger Ibu & Blogger Travel

    1. Khas buat blogger yg sayang sangat pada satu syarikat pengiklanan yang dirahsiakan namanya…

      Pastikan kesetiaan anda berbaloi..

      Kita berblog saje sesuka.. bukan die bos kita

Leave a Reply to RerameUngu Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *