March 29, 2024

Blogger Terima Anugerah Perdana Menteri

Wow…!!!

Ada blogger dapat anugerah Perdana Menteri melalui penulisan dan perkongsiannya di blog.

Siapakah blogger tersebut?

Muhammad Hafiz Ismail, 25 pemilik blog apistakkisah.blogspot.com

Pendekatan kreatif dan interaktif untuk mengajar Matematik yang dikongsi dalam laman blog peribadi membawa tuah kepada beliau apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri (Terbaik Di Kalangan Terbaik) pada majlis penyampaian `MSC Malaysia Asia-Pacific ICT Alliance (APICTA) Awards’

Beliau merupakan guru di Perak berjaya menewaskan kira-kira 250 pencalonan lain.

Blog beliau banyak memaparkan kisah hidup hariannya mengajar Matematik di Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sungai Siput (U) di mana rata-rata pelajar adalah Orang Asli.

Hasil luahan perasaan dan pendekatannya mengajar murid dengan menggunakan kaedah interaktif mendapat perhatian masyarakat di luar sana.

Malah, ia turut menarik minat pembaca blog saya dari Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Jerman.

Semua kaedah pengajaran yang dikongsikannya dalam blog peribadi itu diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk `Life Through My Eyes: A Teachers’s Little Steps Towards Perfection’, untuk dimanfaatkan orang ramai.

Bicara Bro : Ini salah satu blogger yang mampu menggunakan blog sebagai satu platform perkongsian dan dalam masa yang sama mampu memantapkan lagi kerjaya beliau sebagai seorang pendidik.

Bagaimana pula dengan anda?

Note : Adakah blogger copy paste pernah mempunyai kerjaya sebagai student copy paste?

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

35 thoughts on “Blogger Terima Anugerah Perdana Menteri

  1. ohh..ini yang officer aku tanya pasal blog..blog ini la rupanya..hehehee..aku senyum je..padahal benda blogging dah lama sangat…kerajaan je baru terhegeh-hegeh nak tau..

    1. Lagi satu…

      Blog beliau memang mantap dan penuh pengisian..

      Lagi-lagi sesuai untuk pendidikan dan menjadi roll model pada pendidik-pendidik lain.

      Blog kita…??

    2. Kalau aku jemput ko untuk jadi panel masa aku buat blogger forum, ko sudi turun KL x.

      Sudah ada beberapa blogger yang aku tengah plan nk invite…

      Insya’lah tengah cuba dapatkan Tun Mahathir untuk hadir sama…

      Lokasi di KL, kertas kerja tengah dibuat

  2. terasa kerdilnya daku dibanding dengan Hafiz ni ^_*
    nak buat macam mana, tujuan berblog memasing tu kan berlainan..hehehe…sedapkan hati…lalalala

  3. TAHNIAH PADA BELAU..BLOG BELIAU CUKUP SIMPLE…
    namun isi kandungan cukup bermakna untuk berkongsi dengan org ramai…

    ehee..dalam bahasa omputih lak tu..mmg patut la dapat anugerah!

Leave a Reply to mishnurlin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *