March 29, 2024

Blogger Di Tahan Polis Sebentar Tadi

Blogger di tahan polis sebentar tadi…

Tajuk gempak kan..

Itu yang terjadi pada bro tadi.

Penat travel dari Johor. So bro berhenti untuk lelap sekejab dalam kereta.

Sekali,

Celik mata, ada dalam 2-3 polis dah ketuk cermin kereta.

“Maaf encik, saya tak buat apa-apa dalam kereta.. Saya terlelap sahaja”

“Bak MyKad dan juga lesen”

“Ok”, Sambil bro menghulurkan MyKad dan juga lesen bro.

Bukan main hulur je tau. Siap bro mintak dorang tunjuk kad kuasa mereka. Takut mereka orang yang menyamar jadi polis.

Now bukan orang takat nak menyamar jadi polis. Menyamar jadi suami isteri pun ada (kes yang kena tangkap basah) dan ada juga yang menyamar jadi blogger terkenal.

“Eh, awak nie broframestone kan”

“Ye saya.. Kenapa ek encik”

“Bukan apa bro, sini kawasan banyak kes jenayah. So berhati-hatilah”

Bicara Bro : Berhati-hati dijalan raya mahupun di tepi jalan.

Tak perlu rasanya memaki dan memburukkan polis-polis kita. Mereka pun manusia biasa yang kadangkala tidak terpikul tanggungjawab.

Sila cermin diri sendiri jika anda rasa anda betul-betul bertanggungjawab

Selesai sudah entry yang bro taip dalam mamai. Selamat malam semua :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Blogger Di Tahan Polis Sebentar Tadi

    1. sila tingkatkan kadar jenayah yang anda buat.. insya’lah dorang kenal..

      macam bro dulu dari zaman study.. ketua polis daerah memang kenal bro..

      sebab bro dulu memang salah seorang orang kuat area sana.. so apa-apa kes, kebanyakan bro akan dipanggil sama

Leave a Reply to ekspresiruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *