Pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi.
Bro dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan rumah diatas apartment yang bro duduki terbakar.
Punca kebakaran bro tidak dapat pastikan.
Rasanya lintar pintas kot.
Sebab malam tadi, kawasan apartment ini menghadapi masalah sedikit.
Dimana kawasan parking ditingkat bawah, lampu tidak boleh digunakan.
Dalam masa yang sama lift tidak dapat berfungsi. So pengguna terpaksa menapak hingga ke tingkat 12.
Kebakaran pula dikatakan bermula dari tingkat teratas sekali iaitu tingkat 12.
Rasanya confirm masuk berita, sebab ada ternampak wartawan dilokasi.
Note : Kebakaran tingkat 12, Apartment PKNS, SS6/1, Kelana Jaya
bahayanya.. :(
Jangan risau, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
slamat bro xde kt tmpat semasa kejadian
Bro ada je.. cuma bro xde dekat rumah yang terbakar tue je
Nak kena tunggu berita ni, syukur xde kemalangan jiwa.
Berita malam nie kot… xpun berita 1:30
malam tadi banyak kes yang berlaku ek
owhh..nasib la takda kemalangan jiwa.
tindakan pantas penghuni rumah… walaupun satu rumah dipenuhi asap tebal
bravo22
Salam bro, kebetulan plak kolej jati uitm shah alam pun terbakar around 3am (mengkut sumber) ni link dia
https://www.youtube.com/watch?v=JYDRGPt3CCY&feature=player_embedded
dengar kata ada yg cedera..Wallahualam..hope semuanya akan selamat la… :(
then empire pon ada letupan
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Letupandipusatbeli-belahdiSubangJaya_empatcedera/Article
semua secara kebetulan berlaku pada hari yg sama…
banyak kes yang terjadi malam tadi.. pelik gak kan
Alhamdulillah bro selamat….
Xselamat jugak sebenarnye…
Bro xdapat tidur yang mencukupi nie
bahaya jugak tu kalau berlaku litar pintas
bro takde apa2 ke?harap ok je…
nasib baik semua selamat :)