April 19, 2024

Remaja Akhir Zaman – Sambut Merdeka Dengan Maksiat

Bro pelik,

Rakyat Malaysia kadangkala nampak macam tak bertamadun dan mungkin terlebih tamadun.

Kemerdekaan yang dikecapi selama ini seperti bukan sesuatu yang bermakna pada mereka.

Tak tahu dimana silapnya.

Adakah ianya ada hubung kait dengan kes perjuangan komunis di tanah melayu dulu atau pun kes pemimpin politik yang suka menimbulkan kontroversi sampaikan anak bangsa generasi sekarang macam terikut-ikut cara mereka walaupun dalam bentuk yang berbeza.

Bukan sahaja merdeka.

Apa saja perayaan dan sambutan yang dijalankan di negara kita pasti di temani dengan maksiat.

Dimanakah silapnya?

Baru-baru ini,

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar.

Kebanyakan mereka membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia.

Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.

Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma,

Tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

Bicara Bro : Rosak anak bangsa macam ini. Manakah silapnya.

Mungkin benda ini akan bro panjangkan esok. Dimana bro antara 100 blogger yang terpilih untuk bertemu dengan menteri.

Nanti bro kongsikan ceritanya :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

6 thoughts on “Remaja Akhir Zaman – Sambut Merdeka Dengan Maksiat

  1. tak payah la sibuk nak meraikan hari kemerdekaan negara kalau tujuaannya tu nak merosakkan nama negara ni..

    *tak pernah satu tahun pun dalam sambutan merdeka ni terlepas dari cerita maksiat..

Leave a Reply to ekspresiruang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *