April 26, 2024

Perjumpaan Ahli Kelab Malam Mesra Setiap Malam Jumaat

Pengumuman buat semua ahli Kelab Malam Mesra.

Perjumpaan antara ahli akan dibuat pada setiap malam jumaat.

Peringatan,

Perkataan seperti lolipop dan mikrofon antara kod berahi yang boleh digunakan golongan gay untuk mempelawa pasangan masing-masing bermesra, sekali gus melampiaskan nafsu songsang masing-masing.

Ok, cukup sudah pendahaluan dari bro.

Bro ingin kongsikan perkara benar yang mungkin anda sendiri tidak mengetahuinya.

Perkara ini didedahkan Kaunselor Pertubuhan Masyarakat Prihatin (Prihatin), Zaimah Hussin.

Ianya berdasarkan pengakuan beberapa golongan gay di salah satu negeri di pantai timur yang menemuinya bagi mendapatkan kaunseling selepas insaf akibat terjebak dengan kegiatan songsang itu.

Menurut beliau,

Selain menggunakan kod berkenaan, golongan gay di negeri itu turut mempunyai kumpulan tersendiri bagi tujuan berkumpul pada setiap malam Jumaat.

Ramai golongan gay menemuinya, termasuk gay yang menghidap HIV gara-gara terjebak hubungan songsang.

mereka juga mempunyai kod sendiri seperti menggunakan perkataan lolipop dan mikrofon sebagai mukadimah mempelawa melampiaskan nafsu.

Majoriti ahli Kelab Malam Mesra adalah mereka yang berkelulusan tinggi dan berjaya dalam karier masing-masing.

Paling mengejutkan, kebanyakan mereka yang terbabit dalam aktiviti itu sudah berumah tangga, namun terpaksa abaikan batin isteri masing-masing kerana lebih terdorong untuk melakukan seks dengan kaum sejenis.

Turut difahamkan, kelab terbabit turut memiliki laman sosial facebook sendiri bagi memudahkan mereka mencari ahli baru.

Bicara Bro : Adeh…!!

Negeri yang menyatakan mereka menjalankan hukum islam 100%. Tetapi tetap berlaku perkara yang paling menjijikan sama seperti negeri-negeri lain.

Rasanya kes ini perlu dipantau lebih dan bukan fokus pada kes khalwat semata-mata.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

13 thoughts on “Perjumpaan Ahli Kelab Malam Mesra Setiap Malam Jumaat

  1. suka dengan reply Bro Framestone di atas : umat pun xmengaku nabi …. kelab malam gay, gereja gay, group gay, ustaz gay, budak gay,tahfiz gay, melayu gay, macam2 dah didengar sekarang ni …

  2. tp mcm mn dgn naluri untuk mencintai wanita tidak hadir???? pabila melihat meraka hati rasa KOSONG, lain pula bila tengok body y sasa terasa ingin dibelai… dr mn dtgnye perasaan begini??? saya tidak minta untuk dijadikan begini dan memiliki naluri yang begini.. ya ALLAH, aku mahu jadi seperti lelaki yang normal, tp mcm mn caranya??? boleh ke naluri dipaksa2??? sesungguhnya tiada yang mustahil di sisi-MU

Leave a Reply to simanis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *