April 18, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 12] – Hinakah Tarik Trafik Menggunakan Duit

Hinakah menarik trafik datang ke laman blog atau website menggunakan duit?

Antara persoalan dan pertikaian oleh sesetengah annoymous yang mungkin tidak memahami dunia atau dia hidup dalam dunianya sendiri.

99% dalam marketing strategy memang melibatkan duit.

Even kita buat marketing menggunakan air liur. Ingat senang ke nak buat marketing dengan membazirkan air liur. Makan berjam-jam juga nak buat marketing. Ingat, time is money.

Pernahkan anda terfikir kenapa banyak syarikat ataupun website perniagaan mahupun personal di promote di Google.

Dan ianya bukan percuma.

Bagaimana pula dengan mereka yang mengiklan di Nuffnang, Advertlets, Innity etc. Semuanya berbayar. Dan bukannya percuma.

Nilainya memakan perpuluh ribu untuk mengiklan sesuatu kempen.

Bagaimana pula dengan kita?

Rasanya nak invest rm100 untuk hosting + domain pun dah mula berkira.

Entry ini bukannya nak menyokong saudara Denai Hati yang dikecam mengenai isu beliau menggunakan duit untuk menjana trafik ke blog beliau.

Cuma kita sendiri tidak nampak atau mungkin tidak sedar.

Sekurang-kurangnya duit yang beliau laburkan masuk terus ke akaun mereka yang sudi mempromosikan blog beliau. Dari perlu membayar pada pihak ke tiga yang lebih banyak untungnya dari anda yang terpaksa bertungkus lumus mempromosikan iklan tersebut. Siap minta orang klik lagi.

Nampak sangat kehinaan anda sendiri.




Bagaimana pula dengan kes yang menjana trafik dengan lebih hina.

1- Jana trafik guna iframe

Tak salah guna iframe untuk jana trafik atau apa. Yang menjadi kesalahan bila memanupulasi statistik trafik tersebut untuk menipu orang supaya mengiklan di blog anda pada harga yang tinggi.

Bagaimana pula dengan status halal pendapatan yang dimiliki tersebut?

2- Jana trafik guna keyword lucah

Trafik tinggi based on benda lucah. Tiada apa-apa yang perlu dibanggakan jika trafik tinggi mendadak.

Tetapi, tak terasa hina ke jika entry berkenaan dengan isu masyarakat. Tetapi dipenuhi dengan keyword untuk SEO berkaitan yang lucah-lucah dan keyword terbabit merupakan keyword yang biasa orang akan cari di laman carian.

Jelas kelihatan kehinaan anda.

3- Jana trafik dengan menyebarkan fitnah atau gosip

Normal la kan artis tidak pernah lari dari fitnah dan juga gosip. Orang kebanyakan pun tidak dapat lari dari fitrah manusia ini.

Tetapi, berbaloi ke canang gosip dan fitnah semata-mata inginkan trafik ke laman blog anda. Mungkin anda puas. Tetapi sejauh mana kepuasan anda.

Mungkin anda hanya ingin berkongsi. Jika ianya menyingung perasaan sesetengah pihak.

Hitunglah sendiri dosa yang anda mampu kumpul dari setiap perkongsiaan anda di laman blog.

Bicara Bro : Bukan nak berlagak bagus ataupun orang yang pandai menjatuhkan hukum.

Cuma nak membuka pandangan sesetengah pihak yang asik menunding jari pada sesuatu perkara tanpa memikirkan ada perkara yang lagi teruk dari apa yang mereka pertikaikan.

Dan ianya memang selalu terjadi disekeliling kita.

Bagaimana pula dengan contest yang ditawarkan dengan gadget-gadget yang harga beribu-ribu berbanding dengan wang tunai yang baru beberapa ratus tetapi ramai yang dapat.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 12] – Hinakah Tarik Trafik Menggunakan Duit

  1. mcm yg bro DH tulis dlm penulisannya hari tu..duit bukan jaminan yng trafik akan naik mencanak2..sebaliknya pandangan pembaca blog tu sendiri.kalau sesebuah blog tu menarik..kofem trafik naik tanpa perlu guna duit.
    lagipun setiap blogger ada cara sendiri nak hargai pembaca2nya.=D

  2. Kita boleh mencari rezeki selagi benda itu halal…salah satu cabang punca rezeki adalah perniagaan..jadi bagi saya, jadi dalam perniagaan perlu pelaburan..melabur wang untuk pengiklanan tidak salah…asalkan tidak bertetangan dengan syariat islam..

    my opinion…moga ini baik, InsyaAllah

  3. menyampah la ngan orang yang tak habis3 nak mempertikai hal ehwal orang lain ni..
    sudah2 la tu..pd sy tak salah..terpulang pada niat memasing la..n lebih baik bayar utk trafik dari dapat trafik free dari sumber keyword lucah dan seangkatan dengannya..

    simple thing: Investment! invest something to get something..

  4. masing-masing ada cara masing-masing dan cara tersendiri…tak perlu la kutuk mengutuk dan menjatuhkan orang lain ni.tu pun dah dikira nak naikkan trafik dengan cara menjatuhkan orang lain..atau pun publisiti murahan.

  5. aishh bro2 kenape ea ckrg ramai blogger hentam blogger rasa macam dah tak best dah bile ramai sangat ada penyakit hati,, kan best macam dulu dunia blogger aman je,,

    rezeki masing-masing kan semua ni kenpa lah diowg sebok sangat nak p doq sebok kan ;)

  6. aku buat kerja aku selaku blogger…itu tanggungjawab aku yang semua blogger perlu tahu haha…So bagi aku investment untuk tarik readers itu sebenarnya satu cara dan tak salah

  7. bagi saya tak salah bro.. asalkan semua merasa..sikit atau banyak ..tk de hal.. tapi biasalah bro orang2 ni ada pelbagai ragam .. semua org buat tak betui ..dia je yg betui…

Leave a Reply to Bean Moreno Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *