March 29, 2024

Kenapa Dunhill Sponsor Pasukan-Pasukan Bola Sepak Tempatan

Pagi ini bro nak bukak topik agak berat sedikit dari kebiasaan.

Kali ini berkaitan dengan sukan pula.

Korang tahu tak kenapa kurangnya tajaan yang sudi menaja pasukan-pasukan bola sepak tempatan kita?

Pernahkah anda fikirkan?

Bro tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Ianya mengenai,

Penglibatan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia bagi menaja jersi kelab Queens Park Rangers (QPR) dalam Liga Perdana England (EPL) dalam tempoh dua musim.

Beliau mempertikaikan kenapa mereka tidak memainkan peranan dengan lebih aktif dalam pembangunan bola sepak tempatan.

Walau bagaimanapun beliau menyokong kesediaan MAS bersama AirAsia membuat tajaan yang tentunya menguntungkan jenama dan mengukuhkan kedudukan perkhidmatan yang ditawarkan mereka.

Cuma kenapa mereka tidak melaburkan untuk memajukan bola sepak tempatan?

Persoalan dari Bro.

Kenapa perlu menaja sesuatu yang tidak pasti menguntungkan mereka buat masa kini.

Mungkin ada permainan yang kita sendiri tidak tahu dibuat oleh MAS & juga AirAsia?

Lihat apa yang terjadi pada Air Asia & juga Petronas yang dihentam kerana tidak sedikit memberi tajaan dalam pembangunan sukan negara tetapi lebih fokus pada menaja pasukan antarabangsa.

Hasilnya?

Berapakah pulangan yang mereka mampu bawa kepada kemajuan sukan negara kita untuk berada di peringkatan antarabangsa. Dan ianya membuka mata setiap pihak yang selama ini menghentam mereka.

Soalan terakhir dari bro,

Kenapa dulu, Dunhill selaku pengeluar rokok di Malaysia sudi menaja pasukan bola sepak tempatan kita?

Itu salah satu marketing strategy untuk melonjakan jenama Dunhill di Malaysia. Dan bro nampak waktu tika dulu. Dunhill memang popular dikalangan perokok.

Setuju tak dengan statement bro ini?

Sekarang, rokok mana yang popular setelah Dunhill tidak dibenarkan menaja pasukan bola?

Cer cite?

Bicara Bro : Jika bro mempunyai syarikat yang mampu berdaya saing dan mantap dari segi kewangan. Bro juga akan terlibat sama dalam pembangunan sukan negara.

Walaupun bro tidak minat dengan bola.

Tetapi bro tahu politik dan dunia perniagaan dalam bola sepak. Bila difikirkan, tak berbaloi untuk menaja pasukan bola sepak tempatan.

Itu sahaja yang bro boleh kritikan.

Korang fikirkan & jangan nak berdebat dengan bro mengenainya. Sebab itu semua duit bro & bukan duit anda.

I know what to do with my money

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Kenapa Dunhill Sponsor Pasukan-Pasukan Bola Sepak Tempatan

  1. kita jgn lihat kpd syarikat2 bsr je utk menaja sukan tempatan kita.
    kalau boleh penglibatan syarikat2 lain yg kurang dikenali ptt diberi pendedahan. brlah jenama diorang akan berkembang.
    mcm xde hasil kalau maxis, astro, petronas yg taja sbb diorang dh dikenali. xbuat iklan pon org ttp akan beli produk diorang.
    kalau bley, ambil lah contoh cm Kicap Tamin ke sponsor, xpon beras Jati ke Jasmine ke.
    Atau mungkin syarikat antivirus Kaspersky ke. jgn la lihat pada 1 tajaan yg bernilai jutaan ringgit je. kan lebih baik ltk byk sponsor kt shirt walaupon nilainya puluh atau ratusan ribu ringgit je. lg nmpk grand sesebuah pasukan tu kalau byk penaja di badan pemain tu

  2. tak payah tengok jauh der. kat tv tu je boleh nampak, team2 kecik liga premier inggeris banyak menempel iklan2 perniagaan lokal macam plumbing atau real estate di seluruh penjuru stadium. boleh jer kalau kita nak ikut buat tapi biasa la, tak reti nak tengok the bigger picture. nak duit segedebuk sampai, penat nak kira duit yang maybe lebih banyak tapi dari banyak sumber.

    Wallahu’alam.

    1. betul tue…

      tempel iklan tempatan pun sebab benda ini memang mampu menaikan nama mereka…

      sebabnya…

      walaupun game kecik2… tapi satu dunia tengok…

      liga kita…??

      rasanya orang malaysia je tengok…

      so in term of marketing.. mamg xberbaloi jika kita memang target world market

  3. dr pandangan aku, diorng nak promote brand diornag ke peringkat antarabangsa.. brapa juta orang tengok epl? nama brand diorng akan dilihat berjuta2 manusia.. dan itu pengiklanan yg superb! :D

    hope after nama diorng naik, diorng dgn ringan tulang akan membantu SETIAP kelab di malaysia ni :)

  4. rokok mana yg best..rokok daun kot..lala

    strategi pemasaran ..tgok la kat pasukan kltan.penaja adalah happy mobile sebab kat pantai timur happy mobile antara prabayar yg agak femes selain dr celcom ngn maxis.

    1. semalam bro ada jumpe penyokong pasukan kelantan dengan jersy ade logo happy…

      itu baru betul pengiklanan berkesan…

      mereka tahu kelantan sekarang mmg ramai fanatiknya…

      dan ini mampu memantapkan pasaran mereka di sana

  5. kita sepatunya bangga bila melihat jenama tempatan menaja produk antarabangsa, dengan cara itu secara tak langsung dunia semakin mengenali kita.

    Tapi kalau asyik duk taja produk tempatan yang tidak pasti hala tujunya,asyik-asyik kita je yang duk tengok..orang luar langsung tak kenal.

Leave a Reply to zuan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *