April 26, 2024

Fenomena Gejala Emo Menular Dalam Diri Remaja

Fenomena Gejala Emo Menular Dalam Diri Remaja.

Emo..??

Apa itu Emo..??

Kumpulan orang yang ada masalah emosi terlampau ke.

Tapi itu yang bro faham dan selalu kata pada orang lain, “hang emo semacam kenapa..??”

Tak sangka emo tue adalah gejala yang boleh dianggap negatif jika ianya terlampau dan melibatkan aktiviti yang kurang elok.

Antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo:-
– sanggup kelar tangan
– Menjilat darah sendiri
– Melakukan seks bebas
– etc

Kebanyakan mereka mendengar muzik dari beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.




Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Kalau ikutkan,

Bro dulu pun ada gak terasa nak berpakaian seperti mereka. Macam menarik je trend mereka.

Cuma tak sesuai dengan imej bro yang ceria dan jarang emo. [tetapi kadangkala emo gak, bila hormon tak stabil he…23x, korang pun sama gak kan]

Tak sangka,

Rumahnya disebalik penampilan tersebut ada ikutan yang kurang sihat terselit diantaranya.

Bicara Bro : Mudah sangat orang kita ini terpengaruh dengan anasir luar.

Kalau tak terikut-ikut orang lain tak boleh ke? Ikut ajaran islam ke? Sambut raya reti pula mintak duit raya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

14 thoughts on “Fenomena Gejala Emo Menular Dalam Diri Remaja

  1. tapi dressing die org mmg smart bro..nk2 aku mmg minat tgk MCR nye dressing…lagu2 pun best…( teringin nak pkai suit hitam fit n tali leher merah )kalo ada dinner nanti…

  2. The hot topic for the research in social science right now. Actually, according to Wikipedia,”Emo ( /?i?mo?/) is a style of rock music characterized by melodic musicianship and expressive, often confessional lyrics. It originated in the mid-1980s hardcore punk movement of Washington, D.C., where it was known as “emotional hardcore” or “emocore” and pioneered by bands such as Rites of Spring and Embrace. As the style was echoed by contemporary American punk rock bands, its sound and meaning shifted and changed, blending with pop punk and indie rock and encapsulated in the early 1990s by groups such as Jawbreaker and Sunny Day Real Estate. By the mid 1990s numerous emo acts emerged from the Midwestern and Central United States, and several independent record labels began to specialize in the style”. Yes, teenagers used to stereotype it and make it more unbearable….ps: the nice issue to be write in the thesis….

Leave a Reply to phat Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *