April 18, 2024

Berbuka Puasa Bersama Blogger Di Restoran Bangkok House De Palma Hotel Shah Alam

Baru-baru ini bro berkesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan rakan blogger di Restoran Bangkok House De Palma Hotel Shah Alam.

Jemputan ini diatas hadiah saguhati yang bro perolehi semasa menyertai contest anjuran MadamMondoq yang terdahulu.

Maaf sebab datang lambat,

Bukan sebab tersesat di Shah Alam, tetapi bro tak jumpa di mana Restorannya. Sedangkan 2-3x juga pusing-pusing di depan Restorant.

Last-last park kerata tepi jalan, then berjalan mencari di mana restorant tue berada.

La….

Tak jauh rupanya dari tempat bro parking.

Sampai-sampai je, semua sedang berbuka dengan juadah yang telah disediakan.

Antara Juadah berbuka yang disediakan,

Kalau ikutkan,

Banyak lagi juadah yang ada. Cuma bro tidak mempunyai kamera untuk mengabadikan kenangan ini semua. Harap cilok pada rerakan member blogger yang turut serta sahaja.

Antara Blogger yang turut berbuka puasa bersama,


Barisan para-para sakura blogger wanita dan wakil persatuan isteri-isteri blogger.

Antara persatuan yang teraktif di mana-mana majlis yang melibatkan blogger


Barisan blogger hensem bersama pengerusi kelab abang hensem semalaya.

Kelab yang mendapat sambutan yang mengalakan dari semua jejaka bujang mahupun yang telah berkahwin he..23x

Promosi menarik sempena berbuka Puasa di Sini..RM39+ untuk dua orang di cawangan PJ

RM45 Nett Cawangan Shah Alam

Lokasi Shah Alam :
Restoran Bangkok House
De Palma Hotel, Jalan Nelayan 19/15
Persiaran Jubli Perak
Seksyen 19, Shah Alam,Selangor

Phone No : 03-55428080
Facebook Page : Bangkok House Restaurant

Dalam masa yang sama bro ingin memberi tahu bahawa Bangkok House akan membuka cawangannya yang baru di Sunway Giza, Kota Damansara.

Bicara Bro : Bro amat berterima kasih buat MadamMondoq dan Farah Hassan @ Kanda selaku pemilik restoran kerna sudi menjemput bro berbuka puasa di sini.

Sesi bergambar bersama pemilik Restoran Bangkok House, Farah Hassan @ Kanda

Kredit semua pic pada Teratakarmo, Eyriqazz & MadamMondoq

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Berbuka Puasa Bersama Blogger Di Restoran Bangkok House De Palma Hotel Shah Alam

  1. dah muak dah nak makan buffet walaupun pd hakikatnya ada la 5 6 kali g makan buffet..hahaha..
    n bila dah hujung2 ramadhan ni tak tau dah nak mkn apa utk berbuka..ngeeee

    * suka tgk bro dukung baby tu…

    1. Bro mmg suka dengan baby.. dorang bila dengan bro xmenangis tetapi manja sangat..

      Bro tak muak.. cuma xbyk buffet mampu memuaskan selera bro..

      Asik buat masakan tempatan..

      Herga pula, macam makanan orang putih

Leave a Reply to reezluv Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *