April 26, 2024

7 Muka Baru Skuad Harimau Malaya

Jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal

Telah menamakan senarai 25 pelatih untuk kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula esok bagi menghadapi dua aksi persahabatan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Skuad kebangsaan akan menentang Oman di tempat lawan pada 10 Ogos ini, manakala satu lagi aksi persahabatan yang dijadualkan pada 15 Ogos masih menunggu pengesahan daripada pasukan lawan.

Dalam senarai 25 pelatih tersebut, tujuh nama baru dipanggil Rajagobal kali ini iaitu:-

  1. Norhafiz Zamani Misbah
  2. Khyril Muhymeen Zambri
  3. Joseph Kalang Tie
  4. Faizal Muhamad
  5. Shahrom Kalam
  6. Farizal Marlias
  7. Norazlan Razali.

Mereka mengisi kekosongan ditinggalkan tujuh pemain iatu

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mahali Jasuli
  3. Muslim Ahmad
  4. Fadhli Shas
  5. K. Guru- samy
  6. Izzaq Faris Ramlan
  7. Ahmad Fakri Saarani

Dimana mereka akan diterbangkan ke Slovakia awal pagi esok untuk menyertai kem latihan skuad Olimpik negara.

Rajagobal tengah mencuba membentuk sebuah pasukan yang lebih kuat menje-lang Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2015.

Selain 15 pemain yang berada dalam skuad 24 pemain sewaktu bertemu Singapura dikekalkan, Rajagobal turut memanggil semula tiga pelatih skuad kebangsaan sebelum ini iaitu Farisham Ismail, S. Chanthuru dan Shahrizal Saad.

Namun tidak tersenarai kali ini ialah dua pemain yang sedang mengalami kecederaan iaitu Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha serta penjaga gol, Nasril Nourdin.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

15 thoughts on “7 Muka Baru Skuad Harimau Malaya

  1. farizal,kyryl muhaimeen & faizal tu penah main gak ngan skuad ni dulu…sebab injured die org digugurkan..tapi kalo ikut prestasi semasa 7 player yg baru dipanggil prestasi si eorg agak ok la

Leave a Reply to afeb_pilah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *